Dapur

Tips Mudah Pilih Timun Rangup, Salah Pilih Boleh Rasa Pahit & Kurang ‘Juicy’!

21
SHARES
cara memilih timun

Timun merupakan sayur yang sering dimakan mentah seperti ulam kerana teksturnya yang berjus dan rangup membuatkan ia menjadi kegemaran ramai. Namun, cara memilih timun ketika membelinya perlulah juga dimahirkan.

Hal ini kerana, salah memilih boleh menyebabkan anda termakan timun yang berasa pahit dan kurang berjus! Kalau nak tahu tipsnya, ikuti perkongsian Nurul Shima di bawah ini.

Baca juga: Resipi Kek Minyak Kukus Pandan Vanilla, Pejam Mata 20 Minit Je Dah Siap!

CARA MEMILIH TIMUN

cara memilih timun

Gambar: Nurul Shima

Timun A:

  • Warna hujung batang itu hijau muda dan lurus. Masih RANGUP.
  • Jika batang timun itu pejal sado lagi, maknanya ia BARU PETIK dan berjus

Timun B

  • Hujung batang timun ini warna hijau gelap. PAHIT!
  • Kalau hujung batang timun itu agak lembik dan nampak berkerut, maknanya timun itu dah tersadai beberapa hari dan KURANG JUS.

Baca juga: Korean Garlic Cheese Bread Resipi Mudah, Cepat Nak Buat Sebelum Pergi Kerja!

Baca juga: Rahsia Cucur Udang Rangup & Tak Serap Minyak, Baru Tak ‘Berlemuih’ Mulut!

Tips pilih timun untuk buat jelatah, salad atau ulam

Selain itu, Shima juga berkongsikan tips memilih timun yang sesuai untuk membuat sayur jelatah, salad dan ulam. Di mana, anda memerlukan timun bersaiz comel dan sederhana.

Manakala, penggunaan timun bersaiz agak besar tidaklah sesuai kerana selalunya ia berair.

“Jika pilih timun yang SAIZ AGAK BESAR, ia selalunya BERAIR. Tak sesuai kalau nak buat jelatah, salad atau ulam. Cari timun saiz comel sederhana, selamat,” tulis Nurul Shima.

Selamat membelek!

Baca juga: Resipi Sup Ayam Jernih & Tak Keruh, Ada Orang Suka Kuah ‘Clean’ Begini!

Sumber: Nurul Shima via Dia Jodohku

FT Image: Nurul Shima

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×