Dapur

Korean Garlic Cheese Bread Resipi Mudah, Cepat Nak Buat Sebelum Pergi Kerja!

15
SHARES
Korean Garlic Cheese Bread

Ruginya kalau penulis tidak kongsikan kepada pembaca semua tentang resipi yang mendapat 17 ribu perkongsian ini. Tak lain dan tak bukan, ia dinamakan sebagai Korean Garlic Cheese Bread.

Malah, penyediaannya sangat mudah dan cepat yang hanya menggunakan roti burger sebagai bahan utama. Kalau nak tahu resipi Korean Garlic Cheese Bread ini, Tyra Manan ada kongsikan!

Baca juga: Rahsia Cucur Udang Rangup & Tak Serap Minyak, Baru Tak ‘Berlemuih’ Mulut!

KOREAN GARLIC CHEESE BREAD

korean garlic cheese bread

Gambar: Tyra Manan

Bahan sos garlic dan cara penyediaan:

  • Bawang putih – cincang
  • Butter – 100g
  • Mayonis – 2 sudu makan
  • Telur – 1 biji
  • Parsley
  1. Cairkan butter dan biarkan sejuk sikit baru campurkan semua bahan tadi.
  2. Jangan campur masa panas-panas nanti jadi telur goreng pula. 
korean garlic cheese bread

Gambar: Tyra Manan

Bahan inti dan cara penyediaan:

  • Cream cheese – 250g
  • Susu pekat – 2 sudu makan
  1. Campurkan cheese dengan susu pekat sampai sebati.
  2. Selepas itu, boleh lah masukkan dalam piping bag.

Baca juga: Bukan Saja ‘Design’ Macam Tu, Ini Cara Guna Gunting Dapur 8 Fungsi!

Baca juga: Resipi Sup Ayam Jernih & Tak Keruh, Ada Orang Suka Kuah ‘Clean’ Begini!

Cara piping cheese:

Korean Cheese Garlic Bread

Gambar: Tyra Manan

  1. Ambil roti bulat burger itu dan potong 6 bahagian jangan putus. Kalau nak guna roti sosej pun boleh saja dan kena belah-belahkan tapi jangan bagi putus juga.
  2. Piping kan cheese di celah-cepah roti yang telah dibelah.
  3. Sapu sos garlic tadi di atas roti.
  4. Suhu bakar 150-160 selama 10-15 minit. Ikut lah ketuhar masing-masing.

Selamat mencuba dan jangan lupa kredit tyra okies!

Baca juga: Makanan Laut Bergoreng Lebih Rangup Bila Guna 4 Tepung Ini, Krup Krap Bila Makan!

Sumber: Tyra Manan

FT Image: Tyra Manan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×