Sesiapa yang pernah menikmati rotiboy, pasti anda tahu bagaimana keenakan roti ini yang dibuai bersama aroma yang membangkitkan selera! Oleh itu, bagi membolehkan anda menikmatinya setiap hari, apa kata ikuti resepi rotiboy dari Puan Yana Aryana yang menggunakan mesin airfryer sahaja, seperti dikongsikan semula Puan Eniza M. Salim di bawah.
Baca juga: 3+ Tips Bersihkan Lala (Seafood) Dari Pasir, Lumpur & Bau Hanyir, Dijamin Mudah!
RESEPI ROTIBOY AIR FRYER

Gambar: Eniza M.Salim
First time mencuba buat rotiboy. Alhamdulillah, menjadi. Terima kasih pada yang kongsi resipi. Sedap sangat, lepas ini boleh buat selalu.
Bahan roti:
- Tepung gandum 300g/3 cawan
- Gula 70g/7 sudu besar
- Mentega 30g/3 sudu besar
- Telur sebiji
- Yis 1 sudu besar + air suam setengah cawan + 1 sudu besar gula (sampai berbuih)
- Susu segar 150ml/ 1/2 cawan teh
- Campur tepung gandum, gula, mentega.
- Masukkan telur dan susu segar, uli dengan tangan je.
- Masukkan yis yang telah berbuih.
- Uli tepung sekurang-sekurangnya 15 minit supaya roti lembut.. Kalau doh lembik, tambah tepung sedikit sampai jadi doh yang tak lembik ye.
- Perap tepung. Tutup dan biar suhu bilik je. Perap selama 1 jam.
Baca juga: Resepi Lepat Pisang Lembut & Manis, Kena Guna Pisang Ini Rasanya Lagi Sedap!
Selepas 1 jam, boleh buat inti dan topping pula.

Gambar: Eniza M.Salim
Inti dalam:
- Butter salt/butter tu biar beku. Senang nak potong petak-petak dadu. Kalau tak ada guna
marjerin je. - Bulat-bulat doh dan masukkan butter. Yana letak doh atas paper cup sebab senang nak angkat masuk airfryer.
- Yana buat doh berat 40g untuk yang besar dan 20g untuk doh yang kecil. Kalau anak-anak, Yana buat yang kecil.
- Biar doh kembang dalam 15 minit baru boleh letak topping atas doh.
Topping:

Gambar: Eniza M.Salim
- Tepung gandum 50 gram/5 sudu besar
- Mentega 60gram/6 sudu besar
- Gula 40gram/4 sudu besar
- Telur sebiji
- Serbuk nescafe 3 sudu bancuh dengan air suam (jangan cair sangat)
- Putar gula, mentega hingga sebati. Yana guna sudu je, kacau-kacau je.
- Masukan telur.
- Masukan nescafe.
- Masukan tepung sikit sedikit dan kacau hingga sebati.
- Bakar suhu 160, 7 minit je ikut airfryer korang ye..
Kredit resepi: Yana Aryana
Dicuba oleh: Eniza M. Salim
P/s: Ikut resepi 7 minit tapi sebabkan atas airfryer masing-masing saya tambah masa bakar untuk masak sempurna. Saya bakar 12-15 min.
Baca juga: Resepi ROTI JALA PANDAN Gebu Cicah Kuah Durian, Menu Petang Mudah & ‘Special’!
Sumber: Eniza M. Salim via Resepi Air Fryer [Malaysia]
FT Image: Eniza M.Salim