Dapur

3+ Tips Bersihkan Lala (Seafood) Dari Pasir, Lumpur & Bau Hanyir, Dijamin Mudah!

25
SHARES
tips bersihkan lala

Buat penggemar makanan laut, di sini penulis ingin berkongsikan tips bersihkan lala dengan menggunakan pelbagai kaedah. Hasilnya, bukan sahaja lala itu menjadi bersih dari pasir dan lumpur, malah tidak juga berbau hanyir.

Mari lihat tips bersihkan lala yang diterbitkan portal Kelab Mama di bawah.

Baca juga: 5 Kaedah Rebus Ulam Jantung Pisang, Bila Sejuk Tak Lebam & Tak Hitam Pun!

TIPS BERSIHKAN LALA

tips bersihkan lala

Gambar: Lala di dalam bahagian sejuk beku (kiri) dan selepas 20 minit (kanan) – Puspa Wangi Puspawangi

KAEDAH BERSIHKAN LALA BERPASIR, LUMPUR & HANYIR

1. Buang pasir dan lumpur (lala yang masih hidup dan frozen)

  1. Masukkan lala ke dalam bekas tanpa perlu dicuci.
  2. Kemudian, simpan di dalam peti sejuk bahagian sejuk beku (freezer) selama 20 minit.
  3. Setelah itu, keluarkan bekas tersebut dan akan kelihatan hampir 80% dari keseluruhan lala, telah terbuka cengkerang.
  4. Manakala, lala yang masih terkatup cengkerangnya menandakan ia telah mati dan busuk.
  5. Terakhir, cuci lala dengan air bersih sebelum mula memasak.

2. Tepung dan cili kering (sesuai untuk haiwan bercengkerang atau moluska)

  1. Mulakan dengan bahagian luar cengkerang. Jika ingin membersihkan kerang, kena bersihkan lumpur atau selut dengan merebus kerang satu per satu.
  2. Kemudian, letakkan lala atau kerang dalam bekas berisi air.
  3. Tuangkan tepung gandum dan cili kering yang telah digunting.
  4. Sedikit demi sedikit, cengkerang akan mula terbuka dan merembeskan pasir atau lumpur dari dalam badannya.
  5. Akhir sekali, cuci semua lala dengan air bersih.

Baca juga: Resepi Lepat Pisang Lembut & Manis, Kena Guna Pisang Ini Rasanya Lagi Sedap!

HILANGKAN BAU HANYIR LALA

Terdapat empat cara menghilangkan bau hanyir lala, bermula dengan bahan masakan yang ada di dapur.

1. Rendaman garam

Rendamkan lala dengan beberapa cubit garam selama 10 minit. Rembesan pasir dan lumpur di pada lala akan kelihatan.

2. Campuran air limau

Perahkan beberapa biji limau nipis ke dalam rendaman lala. Kemudian, gosokkan lala dengan limau nipis secara rawak.

3. Rendaman serai

Tumbuk serai sehingga hancur dan rendamkannya bersama-sama lala selama 10 minit. Kemudian, lala tersebut boleh dicuci dengan air bersih.

4. Bawang putih

Kupas beberapa ulas bawang putih yang ditumbuk kasar. Selepas itu, tambahkan bersama-sama air rendaman lala.

Selain pasir dan lumpur, bau hamis makanan laut pun kena pastikan juga agar dapat menikmatinya dengan rasa yang enak. Semoga petua membersihkan lala ini membantu para pembaca untuk menyedikannya semasa memasak nanti.

Baca juga: Petua Mudah Simpan DAUN PISANG Kekal Hijau Segar Selama 2 Bulan, Jimat Pakai Berniaga!

Sumber: Kelab Mama

FT Image: Pasar Alaf Baru / Azmira Ismail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×