Dapur

Tips Beli Kerang Jenis Cengkerang Lembut Yang Segar & Tak Berpasir, Hanya Perlu…

112
SHARES

Tahukah anda cengkerang kerang terbahagi kepada dua jenis iaitu berjenis keras dan lembut. Kerang sejenis lembut, ia lebih berwarna, lebih cerah, sangat rapuh dan memerlukan sedikit perhatian apabila mengendalikannya.

Sekiranya, anda ingin menikmati kerang lembut yang masih segar serta tidak berpasir, ikuti tips yang telah dikongsikan oleh Doktor Rizal Abu Bakar di bawah. Selain itu, beliau turut berkongsi petua untuk memastikan isi kerang kekal gemuk dan tak kecut ketika dimasak.

Baca juga: Teknik Baja Cecair Jadam Dari Korea, Hanya Buat Sendiri & ‘Zero’ Kos. Tanaman Memang Subur!

Kalau pergi pasar pagi nak beli kerang cengkerang lembut. Ini tips pilih yang segar dan elak beli yang berpasir.

Putus angin nak makan bila yang keluar pasir. Bukan isi.

CARA PILIH KERANG JENIS CENGKERANG LEMBUT TIDAK BERPASIR & KEKAL SEGAR:

1. IA TIDAK TUTUP SEPENUHNYA

Kerang jenis ini tak tertutup sepenuhnya. Lebih elok cari yang hidup. Yang terkeluar sedikit siphon macam di bawah.

2. BERI REAKSI KETIKA DISENTUH

Kena sentuh sikit. Kalau beri reaksi maksudnya fresh. Elak beli kalau tertutup sepenuhnya. Kalau kerang cengkerang keras ni nak tahu fresh ke tak. Ia tertutup sepenuhnya dengan ketat.

Kalau nampak ada yang terbuka, ketuk sikit cengkerang. Kalau hidup, kerang akan bagi respons dengan menutupnya segera.

Kalau terbuka dan tak tutup tutup tu maknanya dah lama mati. Yang macam ni akan ada bau dan lendir. Elakkan.

3. SEDIAKAN PENGUDARAAN & RENDAM DALAM AIR GARAM LAUT

Bila dah beli yang hidup. Sediakan pengudaraan untuk kerang. Kalau tak, ia akan mati dalam perjalanan balik.

Kalau saya, bawa bekas styrofoam. Isi dengan air dicampur garam laut. Bukan garam batu atau garam iodin.

Letak kerang dalam tu. Fresh water akan bunuh kerang.

Bila nak simpan dalam peti. Asingkan kerang macam di bawah ni. Rendam dalam air garam. Ia akan keluarkan lebihan pasir yang melekat.

PETUA PASTIKAN ISI KERANG KEKAL GEMUK & TAK KECUT!

Gambar hiasan: MSHiloved.com

Nak pastikan isi kekal gemuk dan tak kecut. Ini petua dia:

  • Serai
  • Halia
  • Garam
  • Bawang merah
  • Bawang putih

1. Rebus bahan-bahan ini sampai menggelegak. Baru masukkan kerang.

2. Masak sekejap saja. Seminit cukup. Api besar. Tutup tudung periuk.

Belajar sesuatu?

VIDEO PENUH:


Sumber: Facebook DrRizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×