Terdapat pelbagai jenis kaedah yang telah dihasilkan untuk membuat baja tanaman. Ada yang mudah caranya dan ada juga sebaliknya.
Namun, uniknya ‘resepi’ baja tanaman kali ini, ia dihasilkan tanpa menggunakan kos sehingga begitu menjimatkan dan menguntungkan terutamanya buat pekebun kecil. Ini merupakan teknik Jadam dari Korea yang telah dikongsikan dan dipelajari oleh saudara Syafiq Baharin untuk manfaat semua.
Baca juga: Cara Tanam Ubi Keledek Jepun, Dalam Tempoh 2 Minggu Dah Naik Tunas!
TEKNIK BAJA CECAIR JADAM DARI KOREA, ‘ZERO’ MODAL
Resepi buat baja cecair ini saya belajar dari kaedah JADAM from Korea. So far, ini baja utama yang saya pakai kerap di samping sekali-sekala letak baja tinja kambing.
Hasil dia, Alhamdulillah sangat subur dengan izin Allah SWT. Kos dia hampir RM0. Hanya kos beli tong itu saja, kalau pakai tong sedia ada, kira zero cost la ni.
RESEPI BAJA SUBUR BUAT SENDIRI (KOS HAMPIR PERCUMA!)
BAHAN-BAHAN BAJA ‘ZERO COST’:
Nak buat dia perlukan 3 bahan je.
1. AIR HUJAN
Kalau tiada, air paip boleh tapi biarkan dalam 3 4 hari dulu sebelum buat baja ni).
2. LEAF MOLD
Pergi cari mana-mana pokok besar yang bawah pokok tu banyak daun kering gugur, lagi tebal daun kering terkumpul situ, lagi bagus.
Cari satu spot, tolak daun-daun kering tu ke tepi. Akan nampak ada 1st layer tanah yang warna gelap kehitaman.
Ambil lah dalam dua genggam tanah gelap tu, itulah namanya Leaf Mold.
3. RUMPUT LIAR
Rumput liar yang ada sekitar rumah atau mana-mana. Kalau mesin rumput tu jangan buang. Apa jenis rumput liar pun tak apa.
INI CARA NAK BUAT:
1. Ambil satu tong, tong ni terpulang lah janji ada penutup. Tong cat besar pun boleh. Tapi kalau kita nak pakai lama, pergi kedai hardware dan tanya ada tak tong terpakai warna biru ni. Saya beli dalam RM45 rasanya hari tu.
2. Penuhkan 2/3 dari tong tu dengan rumput liar tadi. Padatkan ke dalam tong tu.
3. Penuhkan tong tu dengan air hujan tadi sampai penuh ke atas dan tutup semua rumput liar tu.
4. Masukkan dua genggam Leaf Mold tadi dalam tong, biar tanah tu tenggelam dalam air tu.
5. Tutup dan biarkan at least 2 minggu dalam tong tu.
6. Lepas 2 minggu, boleh start pakai. Lagi lama peram, baja ni akan lagi kaw. Nak peram setahun pun tiada masalah. Awal-awal lepas peram, air baja ni memang busuk macam bau lepas banjir, tapi makin lama, bau dia akan makin kurang.
CARA NAK PAKAI BAJA INI:
1. Ratio penggunaan dia adalah 1:100.
Maksudnya setiap 1000 ml air, letak 10 ml je air baja ni. Kacau sebati.
- Boleh siram je dekat apa-apa pokok seminggu sekali.
- Nak spray secara foliar dekat daun pun boleh, tapi tapis lah dulu air baja tu supaya spray tak tersumbat.
Kalau rasa 1:100 tak cukup padu, boleh pekatkan lagi hingga 1:50 (1000 ml air, 20 ml air baja). Tapi mula dengan 1:100 dulu. Baru up kalau perlu.
2. Kalau baja ni nak habis dan nak tambah, just tambah lagi segenggam leaf mold dalam tong sama tu, penuhkan semula rumput liar dan air hujan tu. Itu saja.
Kos nak buat baja ni rasanya dekat tong tu je, lain-lain semua barang dari sekeliling je.
Bayangkan dengan baja sepenuh tong biru besar tu, pakai pula berapa ml je setiap kali pakai dan pokok memang subur. InsyaAllah, berapa lama dapat jimat kos baja?
Semoga bermanfaat. Semua kredit resepi baja ini (Jadam Liquid Fertilizer) ditujukan kepada pengasas JADAM dari Korea.