Euforia Bola 2026
Suami Isteri

“Betul Mereka Dah Nikah”– Adik Legenda Harimau Malaya Sahkan Abdah Alif Nikahi Gadis 20 Tahun

legenda harimau malaya

Teka-teki mengenai status legenda Harimau Malaya, Datuk Abdah Alif, akhirnya terjawab selepas adiknya mengesahkan bekas pemain kebangsaan itu sudah melangsungkan perkahwinan dengan pasangan pilihannya pada 27 Ogos lalu.

Perkara itu disahkan adiknya, Datuk Yunus Alif, yang juga bekas pemain kebangsaan dan jurulatih bola sepak.

Baca juga: Video “Assalamualaikum Isteriku” Buat Ramai Sebak… Baru Dua Hari Bergelar Suami, Muhammad Alif Maut Kemalangan

ADIK SAHKAN LEGENDA HARIMAU MALAYA NIKAH GADIS 20 TAHUN

legenda harimau malaya

Gambar tular di Threads: Alif Yunus mengesahkan Abdah nikahi gadis berusia 20 tahun pada 27 Ogos lalu.

Menurut Yunus, Abdah, 72, melangsungkan pernikahan di Kuala Terengganu dan perkahwinan berkenaan mendapat restu kedua-dua keluarga.

“Alhamdulillah mereka baru saja nikah pada 27 Ogos lalu. Kedua-dua keluarga bersetuju jadi tak ada masalah. Kita doakan agar mereka berdua berbahagia.

“Mungkin sekarang tengah berbulan madu. Sebab itu tak angkat (Datuk Abdah Alif) panggilan. Betul mereka dah nikah, dan kita doakan terbaik buat mereka berdua,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Pengesahan itu hadir selepas gambar Abdah bersama pasangannya yang difahamkan berusia 20 tahun tersebar di media sosial dan mengundang perhatian peminat bola sepak tempatan.

Yunus turut menitipkan doa agar rumah tangga yang dibina abangnya bersama wanita pilihan hati itu terus bahagia dan berkekalan.

“Semoga mereka bahagia dan kekal hingga ke Jannah,” katanya.

Baca juga: [FOTO] Christiano Ronaldo & Georgina Rodríguez Nikah Di Ruang Tamu, Majlis Sederhana Di Kediaman Mewah Raih Pujian

Pernah bawa Malaysia ke Olimpik Moscow

legenda harimau malaya

Gambar ihsan Berita Harian: Datuk Abdah Alif bersama pasangannya.

Sebelum ini, usaha mendapatkan pengesahan daripada Abdah mengenai gambar perkahwinan itu tidak berhasil apabila bekas pemain handalan Harimau Malaya berkenaan gagal dihubungi.

Bagi peminat bola sepak tempatan, nama Abdah bukanlah asing kerana beliau pernah menjadi antara tonggak penting skuad kebangsaan ketika era kegemilangan Harimau Malaya pada penghujung 1970-an dan awal 1980-an.

Antara pencapaian terbesar dalam kariernya ialah membantu Malaysia melayakkan diri secara merit ke Sukan Olimpik Moscow 1980 selepas skuad negara menewaskan Korea Selatan 2-1 dalam aksi penentuan.

Abdah ketika itu beraksi dalam satu generasi yang cukup disegani dan berkongsi padang dengan barisan pemain legenda seperti Datuk Soh Chin Aun, Datuk Santokh Singh serta Datuk Jamal Nasir Ismail.

Bagaimanapun, impian untuk beraksi di pentas Olimpik tidak kesampaian apabila Malaysia mengambil keputusan memboikot temasya Moscow 1980 sebagai tanda bantahan terhadap pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.

Selepas sekian lama meninggalkan dunia persaingan bola sepak, nama Abdah kembali menjadi perhatian apabila berita perkahwinannya disahkan sendiri oleh Yunus.

Dengan restu kedua-dua keluarga, Yunus berharap kehidupan baharu abangnya bersama pasangan pilihan hati terus dipenuhi kebahagiaan dan berkekalan hingga ke Jannah.

Baca juga: “Ejakulasi 21 Kali Sebulan?”- Bujang Tak Senang Duduk, Doktor Dedah Kurang Risiko Kanser Prostat & Sperma Berkualiti!

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×