Angka 21 kali sebulan ejakulasi mungkin kedengaran mengejutkan apabila dikaitkan dengan risiko kanser prostat, namun ia bukan bermaksud setiap lelaki perlu mencapai jumlah tersebut sebagai satu kewajipan.
Pakar Fertiliti dan IVF, Dr Salleha Khalid, menjelaskan bahawa angka berkenaan merujuk kepada dapatan kajian yang mengaitkan kekerapan ejakulasi dengan risiko kanser prostat yang lebih rendah.
EJAKULASI 21 KALI SEBULAN KURANGKAN RISIKO KANSER PROSTAT

Pakar Fertiliti dan IVF, Dr Salleha Khalid
Menerusi video yang dikongsikan ML Studios, beliau berkata kajian tersebut boleh dijadikan sebagai rujukan, namun kekerapan hubungan intim bergantung kepada keadaan dan kesesuaian setiap pasangan.
“Berdasarkan kajian, untuk kurangkan risiko kanser prostat, lelaki perlu bersama 21 hari dalam masa sebulan.
“Dari segi praktikaliti, boleh ke kita sampai 21 kali sebulan? Bermaksud, 7 hari sahaja tidak bersama. Itu mungkin tidak praktikal,” ulasnya.
21 kali bukan jumlah yang wajib dicapai
Menurut Dr Salleha, perkara yang lebih penting ialah memahami dapatan kajian berkenaan, iaitu lelaki yang lebih kerap mengeluarkan air mani mempunyai kaitan dengan risiko kanser prostat yang lebih rendah.
“Tetapi, as long as kita tahu kajian kata kalau lelaki selalu bersama atau kerap keluarkan air mani, peluang untuk kanser prostat adalah lebih rendah. Itu yang terbaik untuk kesihatan,” ulasnya lagi.
Beliau berkata angka 21 kali sebulan boleh dijadikan sebagai sasaran atau rujukan berdasarkan kajian, bukannya jumlah yang wajib dicapai oleh setiap lelaki.
“Jadi, kita gunakan kajian ini sebagai sasaran atau rujukan. Tapi boleh tak bersama 21 kali sebulan, itu bergantung kepada setiap pasangan, walaupun sasaran mereka ke arah itu (21 kali).
“Mungkin tidak sekerap itu (21 kali) tapi somewhere there, that’s fine and acceptable,” katanya.

Gambar hiasan: Magnific
Sperma simpan lama tidak semestinya lebih baik
Selain membincangkan kaitan kekerapan ejakulasi dengan kanser prostat, Dr Salleha turut menyentuh tentang kualiti sperma.
Menurut beliau, terdapat lelaki yang beranggapan bahawa semakin lama sperma disimpan, semakin banyak dan berkualiti sperma yang akan dihasilkan. Namun, tanggapan itu tidak semestinya benar.
“Selain itu, bila lelaki sudah lama tidak bersama, sperma yang ada dalam air mani adalah yang tidak berkualiti seperti sudah mati, tidak bergerak laju atau bentuknya tidak memuaskan.”
“Ramai lelaki yang beranggapan, jika lama simpan sperma akan jadi semakin banyak tanpa mengetahui ia banyak yang dah mati,” tambahnya.
Dalam konteks ujian kesuburan pula, beliau berkata lelaki digalakkan mengeluarkan sperma antara dua hingga lima hari sebelum menjalani ujian sperma.
“Lelaki digalakkan untuk mengeluarkan 2 hingga 5 hari sebelum membuat ujian sperma.”
“Lelaki yang kerap mengeluarkan sperma atau kerap bersama, bacaan sperma lebih bagus, bergerak dengan baik dan bentuk lebih baik, berbanding lelaki yang sudah lama tidak mengeluarkan sperma,” tambahnya lagi.
Sama juga seperti wanita, risiko kanser rahim adalah lebih tinggi bagi mereka yang tidak pernah mengandung atau melahirkan. Hal ini kerana, organ tersebut iaitu rahim tidak digunakan sepatutnya.
Baca juga: Ramai Ingat Penat, Rupanya Ini Sebab Suami Cepat Mengantuk Selepas Hubungan Intim!
Perkahwinan turut dikaitkan dengan kesihatan
Dalam perkongsian sama, Dr Salleha turut menyentuh mengenai manfaat kehidupan berumah tangga kepada kesihatan lelaki dan wanita.
Justeru itu, kepada lelaki yang masih bujang, anda digalakkan untuk berumah tangga apabila sudah berkemampuan. Hal ini kerana, sunnah Baginda Nabi SAW kepada umatnya yang bernikah memberi banyak manfaat seperti melindungi kesihatan.
Bagaimanapun, angka 21 kali sebulan tidak wajar difahami sebagai satu syarat kesihatan yang mesti dicapai oleh setiap lelaki atau pasangan. Sebaliknya, ia perlu dilihat dalam konteks dapatan kajian mengenai kekerapan ejakulasi dan risiko kanser prostat.
Ingat, tak perlu tertekan jika tak sampai 21 kali sebulan, yang penting anda dan pasangan dapat lakukan secara konsisten dan ikhlas.
Sumber: Facebook ML Studios
FT Image: Gemini AI
