Euforia Bola 2026
Sihat

Jangan Pandang Jambu Batu Sebelah Mata! Buah Ini Bantu Rawat Pesakit Diabetes & Kanser Prostat

KANSER PROSTAT

Jambu batu bukan sahaja terkenal sebagai buah yang kaya dengan nutrien, malah turut dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan, termasuk dalam membantu pengurusan diabetes dan kanser prostat.

Perkara itu dikongsikan Dr Suri Roowi menerusi laman Facebook miliknya yang menyentuh mengenai potensi jambu batu serta daunnya dalam membantu masalah kesihatan berkenaan.

Baca juga: “Anak Saya Tak Pernah Jadi Beban”– Najwa Latif Bersuara Selepas Warganet Pertikai & Body Shaming

JAMBU BATU ATASI KANSER PROSTAT & DIABETES

KANSER PROSTAT

Menurut perkongsian tersebut, buah jambu batu telah digunakan sebagai salah satu bahan dalam amalan tradisional di beberapa negara bagi membantu pengurusan diabetes.

Malah, kajian yang dilakukan oleh penyelidik Universiti Sains Malaysia dan diterbitkan dalam jurnal Life pada tahun 2023 turut menunjukkan potensi air daun jambu batu sebagai bahan antidiabetes.

1. Bantu kawal diabetes

Perkongsian itu menjelaskan bahawa manfaat tersebut mungkin berkait dengan kehadiran beberapa sebatian berkhasiat dalam jambu batu, antaranya asid galik, quercetin dan kaempferol.

Selain itu, pengambilan jus buah jambu batu dalam tempoh yang panjang dilaporkan dapat meningkatkan rembesan insulin dengan ketara dalam kajian yang dilakukan terhadap tikus yang mengalami diabetes.

Berdasarkan dapatan berkenaan, jambu batu dicadangkan sebagai salah satu makanan yang berpotensi memberikan manfaat kesihatan kepada individu yang mengalami diabetes jenis 2.

2. Dikaitkan dengan kanser prostat

Selain diabetes, air daun jambu batu turut dilaporkan mempunyai potensi dalam membantu melawan kanser prostat.

Menurut perkongsian Dr Suri Roowi, jus buah jambu batu juga dilaporkan mempunyai aktiviti antikanser prostat yang kuat.

KANSER PROSTAT

Cara menyediakan air daun jambu batu

Dalam perkongsian tersebut, Dr Suri Roowi turut mencadangkan kaedah penyediaan air daun jambu batu yang boleh diamalkan sebagai minuman.

Caranya adalah dengan mengeringkan daun jambu batu terlebih dahulu di bawah cahaya matahari. Kemudian, ambil kira-kira tiga gram daun jambu batu yang telah dikeringkan dan rendam dalam 300 mililiter air panas selama tiga minit.

Sedikit madu tulen boleh ditambah mengikut kesesuaian sebelum minuman tersebut diminum selepas suam.

Walaupun jambu batu mempunyai pelbagai khasiat, individu yang menghidap diabetes atau kanser prostat disarankan mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu, terutama jika ingin mengambilnya secara kerap bersama ubat-ubatan yang sedang digunakan.

Baca juga: Mesin Hidrogen ‘Kononnya’ Boleh Rawat Penyakit Kronik, KKM Tampil Beri Amaran Terutama Warga Emas!

Sumber: Facebook Dr Suri Roowi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×