Euforia Bola 2026
Sihat

“Betul Ke Nanas Boleh Maniskan Air Mani?” – Soalan Berani Lelaki Ini Jadi Perdebatan, Ini Jawapan Pakar!

rasa air mani

Benarkah apa yang kita makan boleh mempengaruhi rasa air mani? Persoalan ini kembali menjadi topik hangat di Threads apabila seorang individu lelaki bertanya, sama ada pengambilan nanas mampu menjadikannya lebih manis seperti yang sering diperkatakan.

“Betul ke makan nanas buatkan air mani rasa manis?” tulisnya. Perkongsian ringkas itu kemudian mencetuskan perbincangan lebih luas dalam kalangan pengguna media sosial.

Baca juga: Mitos Atau Fakta? Tidur Pakai Coli Dikaitkan Dengan Kanser, Tak Pakai Pula Boleh Kendur – Ini Penjelasan Doktor

RASA AIR MANI JADI MANIS SEBAB MAKAN NANAS, BETUL KE?

rasa air mani

Gambar dari Threads individu tersebut.

Respons warga maya

Antara respons yang mencuri perhatian ialah penjelasan daripada seorang doktor kesihatan lelaki, yang menegaskan bahawa isu tersebut sering disalah faham.

“Bukan begitu sebenarnya. Bukan kau ambil semen kau campur nenas masuk blender buat smoothie.

“Pemakanan yang sihat, tidak merokok, kurang kopi akan menyebabkan kandungan air korang optimum untuk support perjalanan sperm. Sumber tenaga dia adalah fructose.

“Kalau kau makan buah + sayur pun dah bagus untuk rasa. Tak semua benda dekat internet itu betul,” katanya.

Menurutnya, gaya hidup sihat secara keseluruhan jauh lebih penting berbanding fokus kepada satu jenis makanan sahaja.

Selain itu, perbincangan turut berkembang kepada perbezaan kesan pemakanan antara lelaki dan wanita berdasarkan pandangan pengguna Threads.

“Untuk perempuan yes. Faraj lagi wangi. Sama dengan makan yogurt, jus cranberry. Kalau lelaki rasanya tak. Lelaki kena jaga makan, jangan merokok, baru air mani okey,” kata Mariah.

Sementara itu, seorang lagi pengguna memberi pandangan berkaitan pemakanan wanita.

“Untuk perempuan yang dah berkahwin, jika perempuan consume, faraj you itu nanti hubby lagi suka sebab rasa “special”. Other’s food lagi consume plain yogurt/nenas/cranberry juice everyday coz contains good vitamins for women’s especially for their private part,” kata Fiera.

Baca juga: Ini Tanda-Tanda Air Mani Encik Suami Sihat, Wow Kena ‘Check’ Ni!

rasa air mani

Gambar hiasan: Gemini AI

PENJELASAN PAKAR PERUBATAN

Secara umum, pakar perubatan menjelaskan bahawa air mani sememangnya mempunyai rasa asas sedikit masin, pahit atau kadangkala manis bergantung kepada individu. Di mana, ia dipengaruhi oleh diet serta gaya hidup seseorang.

Menurut penjelasan perubatan, air mani mengandungi campuran fruktosa, protein, mineral dan enzim, yang menjadikan rasanya boleh berubah secara halus mengikut pemakanan harian.

Adakah nanas benar-benar menjadikannya lebih manis?

Pakar menjelaskan bahawa makanan seperti nanas, buah sitrus dan buah tinggi gula boleh mempengaruhi komposisi cecair badan secara tidak langsung, termasuk air mani, kerana ia mengandungi fruktosa yang menyumbang kepada rasa sedikit lebih “manis”.

Namun, perubahan ini bukan berlaku secara serta-merta atau dramatik, sebaliknya hanya kesan kecil yang bergantung kepada:

  • Pengambilan diet secara konsisten
  • Tahap hidrasi badan
  • Gaya hidup keseluruhan (merokok, alkohol, kafein)

Tiada bukti klinikal khusus

Walaupun banyak dakwaan mengatakan nanas boleh “memaniskan” air mani, pakar urologi dan kesihatan lelaki menegaskan bahawa:

  • Belum ada kajian klinikal besar yang mengesahkan perubahan rasa secara signifikan hanya kerana makan nanas
  • Diet sihat secara umum lebih berpengaruh berbanding satu jenis makanan sahaja

Dalam erti kata lain, nanas mungkin memberi kesan kecil dari sudut pemakanan sihat, tetapi bukan penentu utama seperti yang diajukan di media sosial.

Faktor sebenar yang lebih berpengaruh

Pakar turut menekankan beberapa faktor yang lebih konsisten memberi kesan kepada kualiti air mani:

  • Pemakanan seimbang (buah, sayur, protein sihat)
  • Hidrasi mencukupi
  • Tidak merokok
  • Pengurangan alkohol & kafein

Secara ringkas, gaya hidup sihat jauh lebih penting daripada bergantung kepada satu jenis makanan sahaja.

Baca juga: Masak Penat-Penat Tapi Tak Lapar, Pelik Kan? Rupanya Otak Dah ‘Makan’ Dulu, Ini Sains Disebaliknya

Sumber: Threads / RenaMalikMD / Hello Sehat (1), (2) / Hello Doktor

FT Image: Threads / Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×