Famili

9 Bahagian Tubuh Suami Buat Isteri Ternganga, Rahsia Tambah Keintiman!

18
SHARES
bahagian tubuh lelaki

Para pembaca, anda sedia maklum bukan lelaki sahaja yang tertarik pada fizikal wanita, bahkan sebaliknya juga. Kalau nak tahu, terdapat beberapa bahagian tubuh lelaki yang menjadi kegilaan para wanita.

Jadi, bahagian tubuh lelaki yang mana dapat memikat hati wanita? Jom ikuti perinciannya di bawah yang pernah disiarkan Halodoc, khusus buat pasangan suami isteri untuk menambahkan percikan cinta dalam rumah tangga.

Baca juga: Nak Hubungan Batin Bertambah Power, Rupanya Kena Amalkan Madu Lebah & Ayam Kampung!

BAHAGIAN TUBUH LELAKI

bahagian tubuh lelaki

Gambar: Freepik

Meskipun wanita tidak terlalu mempersoalkan penampilan lelaki, tidak ada wanita yang tidak tertarik jika melihat lelaki berpenampilan baik. Penampilan lelaki bukan hanya dilihat dari gaya berpakaiannya dan dandanan rambutnya sahaja, tetapi juga dari bentuk tubuhnya.

Maka, disebabkan itu wahai lelaki atau pun suami, inilah turutan bahagian tubuh lelaki yang disukai wanita yang perlu anda tahu!

1. Dada

Sebahagian besar wanita menyatakan bahawa mereka suka membayangkan bentuk dada lelaki yang tersembunyi di sebalik bajunya. Jika lelaki memakai baju ketat, maka bentuk dada yang terbentuk dapat menarik perhatian wanita.

2. Mata

Hubungan mata dapat memberikan makna yang lebih mendalam bagi seorang wanita dibandingkan sentuhan fizikal. Di mana, dengan melihat ke dalam mata lelaki, maka percikan akan muncul dari dalam hati wanita yang akhirnya boleh membuatnya jatuh hati.

3. Lengan tangan

Tidak hairan jika lelaki berbadan tegap sangat suka mempamerkan otot bisepnya yang berketak dengan sengaja mengenakan baju yang ketat. Hal ini kerana, lengan merupakan bahagian tubuh lelaki yang membuat wanita tertarik.

Baik berotot mahupun tidak, bahagian lengan mencerminkan kekuatan seorang lelaki. Itulah sebabnya isteri sangat suka memaut atau bersandar pada lengan suami.

4. Tangan

Saat melihat tangan lelaki yang besar, jari-jemarinya yang panjang dan kuku yang bersih menimbulkan kebahagiaan pada wanita. Kebanyakan isteri akan berasa gembira jika digenggam oleh tangan suami yang kuat.

5. Bahu

Bahagian tubuh lelaki yang juga dipandang seksi oleh wanita adalah bahu. Bentuk bahu yang bidang dan kuat mencerminkan kekuatan dan kejantanan seorang lelaki.

Isteri akan berasa dilindungi jika berada dekat dengan bahagian tubuh yang satu ini. Selain itu, melihat pergerakan otot bahu suami sewaktu bekerja juga dapat membuat isteri kekaguman.

Baca juga: Ini Tanda-Tanda Air Mani Encik Suami Sihat, Wow Kena ‘Check’ Ni!

6. Bibir

bahagian tubuh lelaki

Gambar: Freepik

Sama seperti lelaki yang tertarik dengan bibir wanita, bibir lelaki juga mempunyai magnet yang mampu menarik perhatian wanita. Bukan hanya kerana keindahannya, bibir juga dianggap sebagai bahagian tubuh yang berahi kerana memungkinkan terjadinya hubungan yang lebih intim antara suami isteri.

7. Tubuh belakang

Bahagian tubuh belakang juga merupakan bahagian tubuh yang melambangkan kekuatan seorang lelaki. Memeluk tubuh belakang suami, terutama dari belakang, merupakan sentuhan fizikal yang disukai isteri.

8. Perut

Tidak kira sama ada lelaki memiliki perut berketak, rata atau perut buncit. Bahagian tubuh ini tetap akan menjadi bahagian yang disukai wanita.

Ini disebabkan sewaktu memegang perut suami, isteri akan merasakan kehangatan dan keintiman apabila dapat menyentuh bahagian tubuh yang tidak dapat dipegang sembarangan orang.

9. Punggung

Bentuk punggung lelaki, sama ada penuh ataupun sedang, ia tetap menjadi daya tarikan pada wanita. Maka disebabkan itu, terdapat isteri yang suka meramas punggung suaminya sewaktu sedang berhubungan intim.

Malah, sewaktu tidak berhubungan intim pun, isteri akan rasa tercabar untuk meramas punggung suami. Hal ini kerana, ia membuatkan isteri berasa dominan dengan mengambil langkah awal sebelum bercium.

Kesimpulan

Tidak kira bahagian anggota tubuh suami yang bagaimana pun, ia tetap menjadi daya penarik kepada isteri. Hal ini kerana, setiap individu mempunyai ciri dan seleranya sendiri.

Apabila sudah sah menjadi pasangan suami isteri, segala kelebihan dan kekurangan fizikal pasangan pasti akan diterima dengan hati yang terbuka. Selagi mana, ia tidak memberikan kemudaratan kepada pasangan seperti memerlukan rawatan kecantikan atau perubatan untuk menambah keyakinan dan manfaat lain kepada dirinya.

Baca juga: Ini 3 Waktu Haram Úntuk ‘Bersama’ Antara Suami Isteri, Jangan Lakukan. Buat Bersabar Ya!

FT Image: Master1305

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×