Famili

Isu Saiz Payudara Jadi Sensasi Timbul Rasa ‘Insecure’ Dengan Suami, Ini Penjelasan Doktor Izzat!

500
SHARES

Sebuah perkongsian yang dibuat oleh individu tidak dikenali di ruang laman kumpulan Kisah Rumah Tangga ini telah menarik perhatian warga netizen. Isu si isteri ini adalah berkenaan perasaannya yang tidak rasa selamat atau ‘insecure’  kerana memiliki saiz payudara yang kecil.

Katanya, perasaan itu mula timbul setelah dia berumah tangga yang baru sahaja memasuki usia tiga bulan. Namun, perasaan itu tidak pula hadir sewaktu dia membesar sebagai anak dara kerana lebih selesa dengan saiz payudara yang dimiliki yang tidak menjadi tumpuan umum.

Baca juga: “Zaman Bujang Dulu Pernah Pangkah Kalau Jodoh Dengan Lelaki Anak Bongsu Sebab Manja…”

SAIZ PAYUDARA TIDAK MENJAMIN KEBAHAGIAAN…

Gambar hiasan: DarlingHanie.com

Menurutnya, walaupun si suami melafazkan kata-kata tidak kisah atas saiz payudara yang dimilikinya, namun jauh di sudut hati wanita yang sedang bergelora ini beranggapan bahawa pasangannya itu pasti inginkan sebaliknya.

Isteri mana tidak mahu berikan yang terbaik buat suami tercinta, betul tak?

Saya dan suami baru 3 bulan berkahwin. Saya mempunyai masalah buah dada kecil.

Semasa gadis saya tak kesah pun mempunyai buah dada kecil sebab tak suka jadi tumpuan lelaki. Tapi bila dah berkahwin, saya insecure dengan wanita yang berbuah dada besar.

Saya selalu mengadu dengan suami, dia okay tak saya macam ni. Dia cakap dia tak kisah pun, tapi saya tahu dalam sudut hati dia pasti mahu saya miliki buah dada yang besar.

Sebagai seorang isteri, pasti mahukan yang terbaik untuk suami termasuk semasa bersama.

Thankyou in advance..

KOMEN DOKTOR SAKIT PUAN BERKENAAN SAIZ PAYUDARA TURUT JADI PERHATIAN

Menjengah di ruangan komen, perkongsian individu tersebut telah menarik perhatian seorang pengamal perubatan terkenal iaitu Doktor Muhammad Izzat yang juga merupakan seorang doktor sakit puan.

Melalui pengalamannya sebagai doktor sakit puan yang biasa menguruskan permasalahan wanita dan juga ibu mengandung, tiada lagi pesakitnya membuat aduan tentang timbulnya masalah payudara sama ada bersaiz besar mahupun kecil.

Beliau turut menyimbolkan payudara yang bersaiz duit syiling 50 sen pun masih mampu meneruskan proses menyusu badan dengan jayanya.

Tambah Izzat lagi, saiz payudara tidak menjamin kebahagiaan sepenuhnya. Malahan, saiz yang berlebihan boleh memudaratkan.

“Ada juga kes buah dada terlampau besar sehingga menghimpit bayi semasa breastfeeding, sampai jadi biru baby tu.

“Percayalah sis, size tak menjamin kebahagiaan. Malahan size yang berlebihan boleh memudaratkan. Sekian,” ulasnya dengan lebih lanjut di ruangan komen tersebut.

Jadi wanita di luar sana, bersyukurlah dengan aset yang dimiliki yang berada dalam keadaan sihat dan berfungsi dengan baik.

Sumber: Facebook Kisah Rumah Tangga

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×