Sihat

Kebaikan Berpelukan Suami Isteri, Bukan Sekadar ‘Hint’ Nak Bersama Saja…

75
SHARES
peluk tubuh

Pelukan merupakan satu perbuatan yang menyalurkan rasa ketenangan kepada penerima dan pemberi. Maka, tidak hairanlah perbuatan peluk tubuh ini gemar dilakukan oleh pasangan suami isteri. Hal ini kerana, ia menjadi salah satu cara untuk memujuk orang yang sedang bersedih.

Melalui perkongsian ilmu dari Doktor Zubaidi Haji Ahmad, hormon oxytocin dikeluarkan ketika berpelukan. Hormon ini merangsang hubungan yang erat bersama pasangan selain dengan anak-anak. Malah, ia juga menghalang pengeluaran hormon yang menyebabkan stress.

Baca juga: Apa Nak Buat Bila Hidup Dengan Pasangan Suka Menguji?- Dato’ Dr Fadzilah Kamsah

PELUK TUBUH SUAMI ISTERI BERI MANFAAT

peluk tubuh

Gambar: lifestylememory

Hormon oxytocin menyuburkan keluarga bahagia

Oxytocin adalah biokimia semula jadi dalam otak yang merangsangkan hubungan erat antara ibu-anak dan suami-isteri.

Ia juga merangsangkan perasaan kasih sayang antara ayah kepada anak, dan menggalakkan suami untuk kekal setia pada isterinya.

Dalam kehidupan yang realiti, hormon oxytocin akan menyuburkan keluarga yang bahagia, tanpa perang mulut atau keganasan fizikal.

Baca juga: Bacaan Suami Isteri, Ini 3 Bahagian Badan Paling Sesuai Buat Love Bite, Boleh Cuba!

Jangan selalu ingat pasangan minta peluk hanya kerana hendak berjima’

Hormon oxytocin dikeluarkan ketika berpelukan dan ia adalah sebahagian dari tindak balas seksual.

Oleh itu, di kala ramai isteri yang sedang sedih minta dipeluk suami mereka, si suami membaca mesej yang salah. Mereka menyangka itu permintaan untuk melakukan hubungan jima’ dari si isteri.

Secara fizikalnya, kita akan dapat menganggak apabila oxytocin dikeluarkan dengan melihat perubahan wajah yang menyenangkan dan intonasi suara yang menjadi semakin lembut.

Baca juga: Wow, Isteri Memang ‘Syok’ Dibelai Pada 17 Area Badan Ini, Rahsia Yang Suami Kena Tahu!

Oxytocin dapat menghalang hormon penyebab stres

Oxytocin juga akan menghalang pengeluaran hormon yang menyebabkan stress iaitu hormon cortisol dan norepinephrine.

Secara tidak langsung, oxytocin akan mengurangkan risiko seseorang mengalami sakit jantung.

Ini bertepatan dengan banyak kaijan, mendapati wanita yang tidak bahagia dalam perkahwinannya mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung.

Baca juga: 13 Zon Sensitif (Erogenus) Lelaki, Bila Disentuh Wanita Lain Macam Reaksinya!

Sumber: Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad

FT Image: pressfoto

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×