Posisi berpelukan antara suami isteri bukan sahaja tanda kasih sayang tetapi itu merupakan cara untuk eratkan hubungan emosi dan fizikal.
Dalam hubungan rumah tangga, posisi berpelukan memainkan peranan penting dalam memberikan keselesaan, membina keintiman, dan meningkatkan kepercayaan antara pasangan.
Baca juga: Hukum Suami Buat Prosedur ‘Ikat’ Kilang Telur (Vasektomi) Untuk Rancang Keluarga…
POSISI BERPELUKAN UNTUK SUAMI ISTERI, BARU MAKIN SAYANG

Kredit: Freepik
1. Baring atas badan pasangan
Posisi berpelukan untuk suami isteri cuba adalah baring di atas badan pasangan di mana lelaki berada di bawah dan wanita berada di dada lelaki.
Menurut kajian, kedudukan ini membuatkan perasaan cinta semakin mekar namun tidak boleh dilakukan terlalu lama kerana risau keadaan si suami yang berada di bawah.
2. Posisi berpelukan – kaki
Selanjutnya, anda juga boleh memeluk kaki pasangan untuk merasai kehangatan antara satu sama lain. Letakkan kaki anda dan kaki pasangan ketika berada di atas katil.
3. Pelukan bulan madu
Sesuai dengan namanya, pelukan bulan madu boleh diamalkan oleh setiap pasangan suami isteri untuk mengeratkan lagi ikatan kasih sayang.
Melalui posisi berpelukan ini, setiap inci tubuh pasangan dapat dirasai kerana kedudukan lebih rapat sehingga mampu mendengar degupan jantung.
4. Posisi berpelukan – sentuh punggung pasangan
Posisi seterusnya agak berbeza kerana dilakukan secara bertentangan namun masih lagi mampu membuatkan rasa cinta kekal hangat.
Caranya adalah suami dan isteri baring secara bertentangan namun kedua-dua punggung harus dirapatkan. Kedudukan ini memberikan keselesaan kerana lebih bebas ketika tidur.
5. Half spooning sambil duduk
Posisi berpelukan anda boleh lakukan bersama pasangan adalah lebih santai terutamanya ketika menonton filem. Caranya suami duduk di atas sofa dan isteri duduk di atas paha suami sambil berpelukan. Posisi ini pastinya akan membuatkan pasangan rasa lebih selamat dan selesa.
6. Posisi berpelukan – half spooning baring
Tiada yang lebih intim daripada pelukan half spooning ini kerana melibatkan seorang pasangan berbaring telentang dan seorang lagi di sisi mereka.
Semasa baring, kepala si isteri berada di lengan suami atau baring di dada pasangan.
7. Kepala di atas paha
Posisi berpelukan yang terakhir sekali adalah kepala di atas paha pasangan tidak kira suami atau isteri. Semasa baring di atas paha pasangan, anda boleh lakukan belaian lembut di bahagian rambut sambil menonton televisyen.
Kesimpulannya, pasangan suami isteri di luar sana jangan lupa cuba posisi berpelukan di bawah seperti penulis kongsikan.
Baca juga: “Nak Bahagia Tak Perlu Duit” – Kisah Cinta Pasangan Ini Buat Ramai Sebak, Pengorbanan Demi Suami