Sering kali, kaum hawa berhadapan dengan pelbagai persoalan tentang isu wanita onani yang kerap dianggap sensitif dan tabu dalam sesetengah budaya.
Sebagai satu aspek kehidupan yang jarang dibincangkan secara terbuka, sebenarnya terdapat beberapa punca wanita melakukan onani seperti dikongsikan di bawah.
Baca juga: “Jangan Berharap”- Ibu Ayah Elak Ugut Dengan ‘Lesen’ Berkat Bila Anak Yang Dah Kahwin Tak Bagi Duit
PUNCA WANITA ONANI DAN HUKUMNYA MENGIKUT ISLAM

Kredit imej: Freepik
Wanita beronani kerana pelbagai sebab yang berkaitan dengan fisiologi, emosi, dan psikologi. Berikut adalah beberapa punca yang biasa:
1. Bagus untuk kesihatan
Wanita onani untuk meningkatkan aliran darah ke seluruh badan selain membebaskan bahan kimia otak yang dipanggil dipanggil endorfin iaitu hormon gembira.
Menurut penyelidik dikenali Prause, sesetengah wanita onani kerana menghadapi masalah mood tidak gembira boleh mengganggu dalam melakukan aktiviti seharian.
2. Kualiti hubungan kelamin lebih baik
Seterusnya, wanita onani disebabkan rasa lebih yakin dan selesa dalam perihal kehidupan seks. Hal ini kerana ia mampu memberi peluang untuk belajar mengenali tubuh badan sendiri.
Dalam masa yang sama, onani ini juga boleh menjadi satu teknik untuk memuaskan nafsu sendiri dalam mencapai klimaks bersama pasangan anda.
3. Wanita onani – membantu masalah seks pramenopaus
Pakar Ginekologi, Judi Chervenak menjelaskan bahawa wanita onani akan menyesuaikan diri ketika berada dalam fasa pramenopaus.
4. Terapi untuk mudah tidur
Onani merupakan aktiviti yang dilakukan oleh sesetengah individu disebabkan pelbagai faktor termasuklah untuk membantu relaksasi atau tidur.
Dari segi fisiologi, onani boleh membantu melepaskan hormon seperti endorfin dan oksitosin yang memberikan rasa tenang sehingga membantu seseorang tidur dengan lebih mudah.
5. Peningkatan kesedaran diri seksual
Akhir sekali, wanita onani boleh mengenali tubuh mereka dengan lebih mendalam, khususnya bahagian-bahagian sensitif seperti klitoris, vagina, dan zon erotik lain.
Melakukan onani difahamkan dapat membantu wanita memahami corak tindak balas tubuh terhadap rangsangan, seperti sentuhan tertentu atau tekanan pada bahagian tubuh tertentu.
HUKUM ONANI UNTUK WANITA MENURUT ISLAM
Perbuatan beronani adalah haram dan boleh membawa kepada kesan-kesan sampingan yang negatif sama ada dari sudut emosi, kekuatan tubuh badan, dan pelbagai kesan yang lain.
Baca juga: Adab Makan Sambil Bercakap Sebenarnya Sunnah? Ini Penjelasan Ustaz…
Sumber: WebMD & Zulfikli al Bakri