Cara tanam jagung memainkan peranan penting kerana jika salah teknik, isi akan kurang manis dan tidak padat seperti yang disangkakan.
Isi jagung tidak rapat biasanya dikaitkan dengan gigi jarang tukang tanam tersebut namun itu hanyalah mitos sahaja. Menerusi perkongsian di laman TikTok milik CEO Ayam Belanda, cara tanam jagung seperti ini dapat menghasilkan isi yang disukai ramai.
Baca juga: Tiga Jenis Kuali Paling Tak Sesuai Untuk Memasak, Kena Pilih Yang Macam Ini
CARA TANAM JAGUNG ISI PADAT DAN MANIS
“Kalau isi jagung tak penuh, bukan sebab tukang tanamnya gigi jarang tetapi disebabkan pendebungaanya tidak berlaku dengan baik,” jelas wanita itu.
Menerusi video berdurasi kurang satu minit, cara tanam jagung ini masih tidak ramai diketahui kerana rata-rata mengambil mudah.
“Nak bagi isi penuh dan rapat anda kena kahwinkan bunga jantan dengan bunga betina. Kalau anda perasan, bunga atas yang berdebu ini adalah bunga jantan dan bunga halus-halus putik jagung pula dalah bunga betina.
“Boleh goncangkan bunga jantan supaya debu-debu halus jatuh atas bunga betina. Selain itu, boleh kumpulkan debu-debu bunga jantan dan taburkan pada bulu-bulu halus jagung ini,” ujarnya.
Dengan melakukan cara tanam jagung dengan betul, isi jagung akan penuh dan rapat seperti anda bayangkan. Barulah hati gembira kan?
Perlu diingatkan juga agar anda melakukan ini pada waktu pagi kerana itu adalah waktu paling sesuai untuk proses pendebungaan.
“Nak kahwinkan bunga jantan dengan bunga betina ini perlu buat waktu pagi iaitu antara 8.00 hingga 10.00 pagi. Ini adalah waktu terbaik kerana bunga jantan memang dah kembang sepenuhnya selain sesuai untuk pendebungaan,” katanya.
Semoga bermanfaat dan selamat bercucuk tanam!
Baca juga: 21 Kegunaan Cuka Untuk Rumah & Dapur Berkilat, Baru Sekali Sental Terus Puas Hati!
Sumber: TikTok CEO Ayam Belanda