Dapur

Cara Buat Kek Batik Magnum Bersalut Coklat & Penuh Kacang, Sekali Cuba Anak Pasti Nak Lagi

26
SHARES
CARA BUAT KEK BATIK

Ibu di luar sana sudah ketandusan idea mencari idea menu untuk anak? Jangan risau, hari ini penulis ingin kongsikan cara buat kek batik magnum yang disaluti kacang dan coklat.

Lebih menarik lagi, resepi ini sudah pastinya berbeza dengan kek batik biasa yang sering dilakukan di rumah. Sekali cuba, mesti teringat-ingat!

Baca juga: Resepi Pisang Goreng Belon Viral, Letak Bahan Ini Baru Lebih Rangup Berlemak

CARA BUAT KEK BATIK MAGNUM, ANAK MESTI SUKA

CARA BUAT KEK BATIK

Bahan-bahan A:

  • 5 biji telur (gred A)
  • 30g serbuk koko
  • 100g milo
  • 125g butter
  • 80g gula kastor
  • 100g tepung gandum
  • 200g susu pekat manis
  • 1/4 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu kecil serbuk vanila

Bahan-bahan B:

  • 220g biskut marie (ori)

Bahan coklat magnum:

  • 100g badam cincang (disangai)
  • 300g dark coklat callebaut

Cara buat kek batik magnum:

1. Satukan semua bahan A ke dalam bekas dan kisar sehingga sebati.

2. Kemudian tuangkan ke dalam kuali dan masak sehingga adunan kental.

3. Seterusnya masukkan bahan B dan kacau sehingga semua biskut bersalut.

4. Tuangkan adunan kek ke dalam loyang bersaiz 8”inci yang telah di alas dengan plastik.

5. Ratakan adunan kek dan tekankan sedikit. Simpan di dalam peti sejuk lebih kurang 1 jam.

Cara buat coklat magnum dan salut:

– Seterusnya sangai badam cincang sehingga keperangan. Ketepikan.

– Kemudian panaskan kuali dan cairkan coklat.

– Tuangkan badam cincang tadi dan kacau sebati.

– Potongkan kek batik mengikut saiz kesukaan.

– Akhir sekali gaulkan/salutkan kek batik dengan coklat magnum tadi.

Sedia untuk dihidangkan. Menu ini sudah pastinya menjadi kegemaran si anak kerana penuh dengan rasa coklat. Sedapnya!

Baca juga: Resepi Popia Big Mac Viral Buat Sendiri, Lebih Puas Makan & Terlajak Sedap!

Sumber: Facebook 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×