Kek batik yang lembut pun sudah sedap, inikan pula jika ia bertekstur rangup (crunchy)! Betul tak? Lebih-lebih lagi, cara buat kek batik sangatlah mudah dan tidak renyah membolehkan versi yang rangup ini pun boleh seratus peratus menjadi untuk pertama kali.
Jadi, kalau anda teringin atau menyukai kek batik versi rangup, jom ikuti resipi yang dikongsikan Nor Farah Atika di bawah. Malah, resipinya juga sesuai untuk mereka yang tidak suka rasa yang terlalu manis.
Baca juga: Ini 12 Resipi Lazat Menu Diet Suku Suku Separuh, Nak Diet Jangan Sampai ‘Over’ Ikat Perut!
CARA BUAT KEK BATIK RANGUP & TAK MANIS SANGAT!

Gambar: Nor Farah Atika
Siapa sini suka kek batik tapi versi crunchy? Ok kita boleh geng!
Selalu kalau beli mesti dapat yang lembut, saya tak berapa suka. Jadinya, saya buat sendiri sebab susah dah sekarang nak jumpa versi crunchy di kedai. Ke patut panggil “biskut batik” je? Mana-manalah eh.
Rasa ia pun tak manis sangat sebab Farah guna serbuk koko. Bahan-bahan mudah nak cari dan murah sahaja. Ada manis dan hujung-hujung rasa pahit sikit.
Sedap sangat bila makan sejuk sejuk. Sesuai untuk budak-budak juga sebab tak manis sangat. Sekali sekala bolehlah makan, jangan hari-hari pula.
Nak beri makan untuk jamuan apa-apa pun boleh, Insha Allah.
Baca juga: Peniaga Kongsi Resipi Mudah Corndog Mini, Saiznya Yang Comel Boleh Muat Masuk Bekal!
Baca juga: Anak Kongsi Resipi Maknya Masak SAMBAL IKAN Sedap, Sampai Orang Selalu Panggil Masak Kenduri!
Bahan dan alatan diperlukan:
- 200gm marjerin atau butter / 7-8 sudu besar
- 1 tin susu pekat
- 10 sudu besar serbuk koko
- 3 sudu besar gula
- 2 pek biskut Marie (beli di kedai ECO)
- Baking paper
- Bekas
Cara penyediaan boleh lihat pada gambar:

Gambar: Nor Farah Atika

Gambar: Nor Farah Atika

Gambar: Nor Farah Atika

Gambar: Nor Farah Atika
Baca juga: Strawberry Cheesecake Resipi Tanpa Guna ‘Oven’ & Tak Muak Makan Sebab Ada Bahan Istimewa!
Sumber: Nor Farah Atika
FT Image: Nor Farah Atika