Geram pula bila tengok makanan bersaiz comel seperti corndog mini ini. Bukan anak-anak sahaja teruja nak makan, perut orang dewasa pun mengundang sama. Malahan, cara buat corndog mini ini pun mudah!
Bahan-bahan tidak banyak dan proses penyediaannya juga tidak rumit, sebagaimana resipi corndog mini yang dikongsikan seorang peniaga bernama Zahirah Idris.
Baca juga: Anak Kongsi Resipi Maknya Masak SAMBAL IKAN Sedap, Sampai Orang Selalu Panggil Masak Kenduri!
CARA BUAT CORNDOG MINI COMEL

Gambar: Zahirah Idris
Selain isi sosej, anda juga boleh meletakkan keju Mozarella untuk menambahkan lagi keenakannya. Baru anak seronok makan corndog sebab ada effect tarik-tarik.
Jadi, snek comel ini sangat berbaloi untuk dicuba. Jom cuba resipi Zahirah Idris di bawah!
Baca juga: Strawberry Cheesecake Resipi Tanpa Guna ‘Oven’ & Tak Muak Makan Sebab Ada Bahan Istimewa!
Saya nak kongsikan jualan mini corndog saya hari-hari. Ini resipi untuk 10 batang mini corndog.
Bahan-bahan:
- 1sk gula
- 1/4sk garam
- 1/4 sk yis (yis beli di bakery)
- Secawan tepung gandum
- Setengah cawan air
- Semua bahan di atas gaul sebati dan tutup.
- Biarkan selama 2 jam.
- Bread crumbs
- Sosej
- Mozarella cheese
- Lidi sate
Baca juga: Suami Kongsi Rahsia Kek Span Pandan Gebu Teruk, Bila Tekan-Tekan Akan Naik Balik Wowww!
Cara penyediaan:
- Potong sosej (sebatang potong 3) dan cheese (sama saiz dengan sosej).
- Cucuk sosej dulu, kemudian cucuk cheese di atas.
- Balut sosej tadi dengan bancuhan tepung yang dah kembang.
- Salut dengan breadcrumbs dan goreng dalam api sederhana.
- Angkat dan toskan.
Siap!
Info corndog:
Snek bernama corndog ini berasal daripada Amerika Syarikat dan biasanya terdapat dalam masakan Amerika.
Cara penyediaan di negara Uncle Sam itu adalah sosej akan ditusuk dengan lidi yang telah disalut dengan lapisan tebal adunan tepung jagung dan kemudiannya digoreng dalam rendaman minyak.
Baca juga: Resipi Kek Pisang Karamel Terpaling Mudah & Bila Ngap Je Terus Cair Di Mulut!
Sumber: Zahirah Idris
FT Image: Zahirah Idris