Apabila duduk berkumpul bersama ahli keluarga, pastinya suasana itu akan dimeriahkan dengan pelbagai juadah makanan yang enak. Jadi, kali ini penulis ingin kongsikan resipi kek pisang karamel oleh Fauziah Yahya. Cara buat kek pisang sejenis ini juga tidaklah sesusah mana.
Dan cuti sekolah pun bakal tiba, bolehlah ibu-ibu di rumah buat resipi kek pisang yang mengiurkan ini. Anak-anak pasti suka!
Baca juga: Resipi Donut Gebu Viral Cantik Bergulung, Tiada Bahan Telur & Mudah Untuk Ajak Anak Buat Bersama!
CARA BUAT KEK PISANG KARAMEL
KEK KARAMEL PISANG FAUZIAH YAHYA
Bahan karamel (gula hangus):
- 7 sudu besar gula
- 7 sudu besar air
- Cairkan gula di dalam periuk yang diletakkan di atas api kecil sehingga menjadi karamel dan kacau.
- Setelah itu, masukkan air.
- Masukkan karamel ke dalam loyang 10×10 dan ratakannya, kemudian ketepikan dan sejukkan.
Bahan puding:
- 4 biji telur saiz A
- 4 keping roti
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan susu pkt
- 1 cawan air suam
- 1 sudu besar teh esen vanila
- Satukan semua bahan-bahan di atas dan kisar.
- Tapiskan dan masuk ke dalam loyang berisi karamel.
- Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus 30 minit.
Baca juga: 5 Kaedah Rebus Ulam Jantung Pisang, Bila Sejuk Tak Lebam & Tak Hitam Pun!
Bahan kek pisang:
- 2 cawan tepung naik sendiri
- 3 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 cawan gula perang/gula pasir
- 1 cawan minyak jagung/minyak masak
- 1 cawan pisang berangan dilecek
- 3 sudu besar susu pekat/susu tepung
Baca juga: Resipi Cheesekut Meleleh Viral, Guna Peti Sejuk Je Mudah Tak Perlu ‘Oven & Air Fryer’!
Baca juga: Suka Hurung Buah & Sayur Sampai Hilang Mood Ibu Nak Memasak, Ini Cara DIY Halau Bari-Bari!
Cara-cara penyediaan kek karamel pisang:
- Satukan telur, gula dan esen vanilla untuk mixer hingga sebati.
- Masukkan susu, minyak jagung dan pisang dan kisar lagi.
- Kemudian masukkan tepung kacau hingga sebati.
- Tuang adunan ke atas karamel dan kukus 45 minit.
- Bila dah masak biar kek sejuk selama 30 minit sehingga tepi kek lekang atau renggang dari loyang.
- Sisipkan tepi kek dengan pisau dan terbalikkan perlahan-lahan di atas bekas.
- Boleh sejukkan sebab ia lebih sedap bila dinikmati.
Selamat mencuba!
Baca juga: Resipi Apam Cornetto Warna-Warni 3 Bahan, Sangkakan Aiskrim Rupanya Kuih, Kreatif Betul~
Sumber: Fauziah Yahya
FT Image: Fauziah Yahya