Kemunculan bari-bari di dapur, pastinya membuatkan ibu-ibu tidak senang dengan kehadirannya. Boleh buat hilang fokus dan mood untuk ke dapur hingga perlu mencari cara menghalau bari-bari ini.
Kadang-kadang bukan sahaja di dapur, malah ada juga yang menyelinap masuk ke dalam peti ais.
Baca juga: Cara Matikan Bubuk Beras Dengan Simpan Dalam Botol, Wanita Ini ‘Prepping’ Dari 2021 Masih Elok Lagi!
CARA MENGHALAU BARI-BARI
Janganlah runsing, sekiranya anda sedang berdepan dengan serangga perosak ini. Hal ini kerana, anda boleh membuat sendiri racun penghalau serangga seperti dikongsikan oleh @daisyjiejie73 di akaun TikTok.
Baca juga: Mengejutkan! Ini 10 Manfaat Air Cucian Ikan Pada Tanaman, Patutlah Ramai Orang Guna!
Bahan-bahan:
- Bekas kosong
- Gula
- Cuka
- Sabun cuci pinggan
Cara-caranya:
- Masukkan kira-kira 1 sudu gula ke dalam bekas kosong.
- Kemudian, masukkan pula 2 sudu cuka yang berfungsi untuk mewujudkan bau seperti buah yang sudah lama.
- Seterusnya, sedikit sabun cuci pinggan.
- Campurkan kesemua bahan tersebut dan letakkan di atas kaunter atau meja makan.
Bukan sahaja mudah dan menjimatkan, malah lebih selamat kerana racun ini tidak mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan makanan. Selamat mencuba.
Baca juga: Cara Bersihkan Minyak Tumpah Pada 5 Jenis Permukaan, Kaedah Ini Pakar ‘Approve’!
Info bari-bari
Kalau nak tahu, bari-bari juga mempunyai nama lain iaitu lalat buah biasa atau lalat cuka (vinegar fly). Ia merupakan sejenis lalat kecil yang selalu mengerumuni buah-buahan atau tumbuhan.
Baca juga: 6 Jenis Sayur Yang Mudah Ditanam Di Kawasan Rumah, Nak Pakai Boleh Petik Saja!
Sumber: TikTok @daisyjiejie73
FT Image: TikTok @daisyjiejie73 / fumida.co