DIY & Kraf

Ini 10 Cara Halau Cicak Dari Rumah. Tak Datang ‘Berkampung’ Dah, Hidup Tenang!

140
SHARES
cara halau cicak

Realitinya memang ramai yang sangat geli dengan cicak yang dikelaskan sebagai haiwan perosak. Lebih memburukkan keadaan apabila si cicak beranak pinak mewujudkan keturunannya di rumah anda. Memang perlu cari cara halau cicak!

Justeru itu, mari ikuti 10 cara halau cicak di bawah supaya kita dapat hidup dalam keadaan tenang apabila berada di dalam rumah. Satu bunyi cicak pun mungkin tak ada lagi dah.

Baca juga: DIY Servis Peti Ais Yang Kurang Sejuk Tanpa Keluarkan Modal!

10 CARA HALAU CICAK DARI RUMAH!

cara halau cicak

#kemasrumahwithhani : pengurusan cicak dan 10 cara hilangkan cicak kat rumah

Hani tahu ramai yang tunggu hani post pasal pengurusan cicak dekat rumah ni. Hani anti dekat cicak ni bukan lah sebab semata-mata sebab geli dengan cicak tapi najis nya yang merata-rata tu mengotorkan dan susah nak dibersihkan bila dah kering.

Punyalah Hani anti (dan geli) dengan cicak, ha hambik satu post Hani buat khas untuk dia. Sebelum Hani kongsi macam mana nak elak atau taknak cicak masuk rumah ni, jom kita berkenalan dengan cicak ni dulu. Kita dah kenal dia baru kita boleh “hapus”kan dia.

Biodata cicak

  • Makanan cicak: binatang/serangga kecil seperti semut, nyamuk, lalat, kumbang, unggas, labah-labah kecil.
  • Pemangsa cicak: burung.
  • Habitat cicak: Tempat yang hangat (disebabkan sekarang ni kan musim hujan sebab tu banyak cicak masuk rumah, dia orang sejuk kat luar tu), belakang almari, belakang tv, sekitar peti ais, sekitar lampu, belakang bingkai gambar dan cermin.
  • Kesukaan: persekitaran yang kotor, tempat yang berbau hapak seperti timbunan kertas terutamanya surat khabar, timbunan kasut, timbunan baju.
  • Kebencian: bau yang tengik seperti bau bawang merah, bawang putih, tembakau, cuka, ubat gegat.

Baca juga: Tips Mudah Racun Rumput Liar, Tabur Saja Garam Kasar Esoknya Dah Kering Mereput!

10 CARA ELAKKAN CICAK BERKAMPUNG DI RUMAH

Berdasarkan profile cicak kat atas ini mari Hani senaraikan 10 cara nak elakkan cicak berkampung dekat rumah kita.

1. Hilangkan sumber makanan cicak

cara halau cicak

Hilangkan bekalan makanan cicak dekat rumah kita , iaitu kita uruskan dulu masalah nyamuk dan semut yang banyak dekat rumah. Gunakan racun semut (yang jual sepeket rm1 tu sangat berkesan) dan hapuskan tempat pembiakan nyamuk.

Bila bekalan makanan dia tiada dekat rumah kita automatik cicak akan berkurang atau tiada lansung. Hani gunakan cara ni juga yang menyebabkan kat rumah Hani susah nak jumpa cicak.

2. Jangan rapatkan perabot di dinding rumah

Disebabkan cicak suka lepak belakang almari dan bingkai cermin dan dinding, semasa susun atur perabot jangan rapatkan perabot dekat dinding.

Jarakkan dalam 10 cm dari dinding. Kalau dekat rumah banyak cicak, kurangkan perhiasan sangkut-sangkut macam bingkai cermin dan gambar.

3. Sediakan jejak burung di rumah

cara halau cicak

Disebabkan cicak takut dekat burung, bela burung kat rumah! Eh eh haha tak payah sampai macam itu sekali, memadai sediakan jejak burung seolah-olah ada burung dekat rumah kita dengan cara:

Jangan dihancurkan kulit telur burung puyuh ni. Memadai letak seketul dua dekat tempat masuk cicak.

  • Letak beberapa kulit telur burung puyuh dekat area tingkap atau mana-mana tempat cicak boleh masuk. Dia nampak saja telur burung puyuh tu confirm tak jadi masuk rumah haha.
  • Lekatkan bulu pelepah burung dekat tempat masuk cicak tu. Kalau nak cantik boleh letak bulu pelepah burung merak lekat dekat dinding jadikan perhiasan.

4. Jaga kebersihan rumah

Jaga kebersihan rumah, pastikan tong sampah bertutup. Bila sampah dan sisa makanan tarik perhatian lalat, automatik cicak pun datang ramai-ramai panggil geng dia sebab banyak makanan dia dekat rumah tu haha.

5. Elakkan melonggok barang

Elakkan suka melonggok barang sama ada kain-kain, kertas dan kasut. Kitar semula surat khabar lama. Re-organise semua barang supaya teratur dan berada di “rumah” dan tempat khas untuk setiap barang-barang.

Baca juga: Patutlah Kelekatu Suka Hurung Lampu Rumah, Rupanya Sebab Guna Mentol Warna INI!

6. Letak bawang dalam kabinet 

Letakkan beberapa ulas bawang putih atau hirisan bawang merah dalam kabinet. Tapi ini kena berhati-hati sebab perlu ditukar selang 3 hari. Karang membusuk lain pulak jadinya.

7. Letak ubat gegat

Letak ubat gegat dalam kabinet atau laci. Tapi laci atau kabinet berisi makanan tak digalakkan.

8. Lap meja dengan semburan cuka

Lap permukaan meja makan atau kaunter kabinet dengan semburan campuran cuka (D.I.Y surface cleaner, resepi kat caption gambar) untuk elakkan cicak melintas atas meja makan kita.

  • 250ml air biasa (air paip)
  • 50ml cuka (cuka murah-murah je cuka sintetik pun ok)
  • 3 sudu plastik dish soap (Hani guna Joy)
  • 1 sudu plastik dettol

9. Pelekat perangkap lalat

Guna pelekat perangkap lalat. Boleh beli di Eco. Tampalkan di sebelah peti ais atau belakang tv, bingkai cermin atau gambar.

Cicak akan melekat dekat atas pelekat tu dan kita boleh buang bila dah ada beberapa cicak melekat. Tak digalakkan untuk orang penggeli cicak macam Hani (hahaha Hani tak berani buat ni).

10. Bela kucing di rumah

Bela kucing sebab kucing boleh tolong tangkap cicak, bukan setakat cicak kadang-kadang sumpah-sumpah pun dia orang boleh “hadiahkan” kat tuan dia.

Jadi pilihlah cara yang mana satu yang nak diguna untuk singkirkan cicak dekat rumah. Semoga bermanfaat. 

Baca juga: 5 Tips Berkesan & Murah Buang Cacing Bilik Air, Tak Takut & Rasa Geli Dah!

Sumber: Facebook Hani Mynis

FT Image: DNPIndia / Hani Mynis

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×