Deko & Hias

Doktor Kongsi 5 Petua Mudah Halau Serangga Dalam Rumah, Semua Lari!

43
SHARES

“Makkk!!! Tolong lipasss!”

Tidak semua, tetapi ramai juga yang sebenarnya takutkan serangga perosak ini. Paling ngeri, kejadian lipas ini terdapat jenis yang boleh terbang sehingga menimbulkan rasa nak menyumpah. Malah, pada sesetengah individu yang menghadapinya berbekas rasa trauma.

Disebabkan makhluk ini ingin lari dari basah hujan dan panas terik, maka rumah dijadikan tempat perlindungan mereka. Justeru itu, jom hapuskan mereka dengan mengikuti beberapa petua dari Doktor Rizal Abu Bakar. Semoga berjaya!

Baca juga: Air Paip Asyik Menitik Walaupun Dah Tutup Rapat? Ini Cara Mudah Baikinya Sendiri!

TERDAPAT 5 PETUA BOLEH DICUBA…

Petang balik kerja. Sampai rumah, terpijak lipas.

Lega. Nasib baik dah mati. Sekali terpijak lipas. Dia buka sayap. Itu bukan lipas dah.

Mesti stres bukan kalau dekat rumah ada banyak sangat serangga. Yang terbang, yang merayap, yang merangkak dan sebagainya. Terutama musim sekarang tak menentu.

Geng ni akan mula cari tempat untuk berlindung dari basah hujan dan panas terik. Tempat paling ideal iaitu dalam kawasan rumah.

Ini beberapa petua alami saya guna untuk halau lipas dan serangga dalam rumah.

5 PETUA HALAU LIPAS & SERANGGA DALAM RUMAH

1. CUKA

Gambar hiasan: UtusanTV.

Campurkan cuka dengan air panas. Kacau. Sapu di celah dan tempat serangga selalu bersarang.

Malam malam tuangkan lebihan tadi ke dalam lubang sinki. Nanti serangga takkan naik merayap melalui paip.

2. BAKING SODA

Gambar hiasan: Shutterstock.

Campurkan perahan lemon, baking soda dan air panas. Kacau. Sapu pada bahagian bawah sink dan bucu kabinet.

3. ESSENTIAL OILS

Gambar hiasan: PreciousDroplets.

Siapa sangka essential oil seperti peppermint dan lavendar juga berkesan halau serangga.

Spray di tempat tempat seperti almari, kabinet dapur dan ruang tertutup. Bau harum semerbak. Serangga pun takdak.

4. TIMUN BATANG

Gambar hiasan: Shutterstock.

Bagi kita timun batang ni rangup dan sedap dimakan begitu saja. Tahu tak lipas tak menggemari bau timun batang ni. Bau ni repulsive bagi lipas.

Tak percaya? Nanti letak beberapa keping di tempat lipas selalu lepak. Tengok hasilnya macam mana.

5. KAYU MANIS

Gambar hiasan: IdeaGridID.

Kayu manis pun sama. Nanti tabur serbuk kayu manis di celah pintu. Di dalam kabinet dapur.

Bolehlah cuba nanti.

Sumber: Facebook DrRizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×