Deko & Hias

Air Paip Asyik Menitik Walaupun Dah Tutup Rapat? Ini Cara Mudah Baikinya Sendiri!

71
SHARES
paip sinki air menitik

Paip sinki air menitik merupakan masalah yang sering wujud di rumah sama ada di kawasan dapur mahupun dalam bilik air. Walaupun kepala pili sudah ditutup rapat, tapi air masih lagi keluar. Sudahlah membazir, rungsing juga dibuatnya!

Justeru itu, sebagaimana perkongsian video dari saudara Yan Lan di laman Tiktoknya, dia telah berkongsi cara bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Jom sama-sama lihat panduan di bawah.

Baca juga: Jangan Buang Langsir Lama! Ini DIY Cara Mudah Tebuk Eyelet Ring Pada Langsir

CARA MUDAH BAIKI AIR PAIP YANG MENITIK

paip sinki air menitik

Hi guys, korang ada masalah air menitis walaupun tap korang dah tutup rapat?

Kalau macam itu, korang cuba kaedah ini.

PAIP SINKI AIR MENITIK? BAIKI DENGAN CARA INI

paip sinki air menitik

1. Tutup dulu punca air dan umpil cap pada kepala pili dengan menggunakan pemutar skru mata leper.

2. Kemudian, guna pemutar skru mata Philip untuk membuka skru di dalam kepala pili tersebut.

*Jika anda tiada pemutar skru, hanya pusing kepala pili mengikut arah lawan jam untuk mengeluarkan valve di dalamnya.

*Brand yang mahal akan menggunakan valve dari jenis tembaga bukan dari plastik.

3. Selepas keluarkan valve, anda akan lihat 3 barang di dalamnya.

paip sinki air menitik

Selain air menitik, air yang kurang juga berpunca dari sini masalahnya. Ia berlaku disebabkan tersekat dek kerana keladak. Anda kena cuci 3 komponen tersebut atau gantikan yang baru.

4. Bila ditukar baru, masuk ikut slot atau lubang yang betul. Paling penting bahagian kilat kena bersemuka. Setelah itu, masukkan seal.

paip sinki air menitik

5. Terakhir, masukkan semula valve. Pusingkan kepala pili arah jam dan pasang semula kru bersama cap yang telah dikeluarkan.

Sekiranya inginkan penjelasan dengan lebih lanjut, anda boleh tonton video penuh di bawah. Semoga bermanfaat kepada semua.

VIDEO PENUH:

@xovovic

menitik menitik menitik.. naik la bil air lama lama cmni.. nk tukar semua?? sabar dulu!! guna kaedah ni!! #tapwater #faucet #diy #diymalaysia #lifehack #kitabuatdia #fyp

♬ Doge – Chris Alan Lee

Sumber: Tiktok Xovovic

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×