Stresnya bila paip air di dapur dan dalam tandas mengeluarkan laluan air yang begitu perlahan. Setiap kali nak mencuci atau mandi, perlu disimpan dahulu air kerana seolah-olah paip tersumbat.
Rupanya, keadaan ini tidak berpunca dari ruang paip air yang penuh dengan sampah tetapi masalah paip tersumbat angin. Mungkin ramai yang baru tahu tetapi tersumbat angin inilah yang menyebabkan laluan air menjadi perlahan!
Baca juga: Basuh & ‘Bakar’ Periuk Atas Dapur, Petua Elak Nasi Cepat Basi
CARA BAIKI PAIP AIR TERSUMBAT ANGIN, PATUTLAH AIR PERLAHAN!
Apakah yang dimaksudkan dengan udara terkunci atau airlock? Menurut Aura Heating, udara terkunci berlaku apabila udara terperangkap atau tersekat dalam sistem paip. Kebiasaanya, ini yang menyebabkan sekatan yang menghalang air panas yang cuba memasuki sistem pemanasan atau paip.
Airlock akan mengakibatkan pengeluaran air dari paip terjejas. Untuk lebih jelas, berikut merupakan perkongsian dari Tiktok @zammenyelenggara tentang apa yang berlaku. Ini apa yang anda perlu lakukan:
1.Pertama sekali perlu buka kepala paip, membiarkan air yang perlahan itu kembali kepada tekanan laju. Jika dilihat pada awal video, air seakan ‘terputus’ sekejap dan dipercayai terdapat lebihan udara di dalam saluran paip.
2.Selepas tekanan air yang keluar kembali normal, pasangkan semula kepala paip seperti biasa (sertakan tape putih yang sudah dibalut bagi memastikan ia dikunci kemas).
3.Barulah paip boleh digunakan kembali seperti biasa. Air dah kembali laju dan bersih!
Mudah je kan? Tak perlu susah-susah panggil tukang paip baiki sebab dah pandai baiki sendiri!
@zammenyelenggaramudah jer.. napa bayar lebih😁
Baca juga: DIY Penyapu Lidi Macam Orang Dulu-Dulu Buat, Baru Puas Nak Menyapu!
Sumber: Tiktok @zammenyelenggara