DIY & Kraf

Tips Nyahkan Bau Kucing Dalam Rumah Guna Rendaman Kulit Kayu Manis

26
SHARES
bau wangi dalam rumah

Buat anda yang mempunyai haiwan peliharaan seperti kucing yang dibela secara ‘indoor’, pasti akan ada satu bau yang melekat di hidung. Tidaklah terlampau busuk tetapi kalau boleh sudah semestinya kita mahu bau wangi dalam rumah, bukan?

Oleh itu, bagi menghilangkan bau-bau aneh yang tidak diingini datang dari kucing peliharaan, berikut merupakan perkongsian tip menggunakan kulit kayu manis. Katanya memang sudah dicuba berkali-kali dan segala bau hancing dalam rumah pun hilang!

Baca juga: Cara Halau Lipas Dalam Kabinet Dapur Guna 4 Jenis Rempah, Menjadi!

ADA KUCING? GUNA BAHAN INI, BAU WANGI DALAM RUMAH!

bau wangi dalam rumah

Bahan-bahan:

-Bekas plastik kecil, nak banyak pun boleh untuk setiap sudut rumah
-Kulit kayu manis (5 batang dalam setiap bekas)
-Air

Cara:

1.Mudah sahaja, masukkan kulit kayu manis dalam bekas kosong.

2.Letakkan air sehingga tenggelamnya kulit kayu manis tersebut.

3.Boleh letak di sudut rumah atau bawah almari dan rak. Pastikan di tempat tersembunyi supaya kucing susah nak minum.

4.Ada salah satu cara dengan merebus dahulu kulit kayu manis tersebut dan tuangkan bersama air rebusan dalam bekas-bekas kecil. Katanya lebih wangi.

bau wangi dalam rumah

*Pastikan untuk anda letak di tempat tersorok supaya tidak dapat dijumpai oleh ‘majikan’ ataupun anak yang masih kecil ya. Risau pula niat asal nak wangikan rumah tapi lain pula jadinya!

@qienaibrahim Antara tip utk Majikan indoor..selain bibik kena rajin buang jongkong emas majikan n bersihkan litter box Majikan😁 #cat #tip #tiktok #kucinglucu #tipkucing #pecintakucing #indoorcats #indoorlife ♬ original sound – Qiena Ibrahim

Baca juga: Cara Mudah Cuci Habuk Kipas Tanpa Perlu Buka Jaring & Lap Bilah Satu Persatu

Sumber: Tiktok @qienaibrahim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×