DIY & Kraf

DIY Penyapu Lidi Macam Orang Dulu-Dulu Buat, Baru Puas Nak Menyapu!

9
SHARES
penyapu lidi

Setiap kali pulang ke kampung, pasti anda akan lihat ada penyapu lidi yang tebal diikat dengan tali di dapur atau tepi pintu rumah. Buat generasi zaman sekarang, pasti akan tertanya-tanya apa kelebihan penyapu lidi ini kerana tidak pernah nampak dijual di kedai.

Rupa-rupanya penyapu lidi ini dibuat secara DIY dan memerlukan teknik kepakaran tertentu supaya menjadi tebal elok dan sedap untuk menyapu. Jom tengok cara pembuatannya supaya anda pun boleh menyapu sehingga bersih!

Baca juga: Teknik Hilangkan Kesan Gam Tape Pada Barang, Tak Payah Tonyoh Guna Kuku

DIY PENYAPU LIDI MACAM DI KAMPUNG, PUAS SAPU!

penyapu lidi

Bahan-bahan:

-Daun kelapa
-Pisau tajam
-Tali

Proses:

1.Kikis bahagian luar daun kelapa dan tinggal bahagian ranting/ urat daun di dalam sahaja.

2.Pilih daun kelapa yang tua. Kikis daun sebnyak yang mungkin supaya penyapu tebal.

3.Kemudian, ikat lidi di bahagian atas menggunakan apa-apa jenis tali. Ikat mati tau!

4.Siap!

Banyak sebenarnya kelebihan mempunyai penyapu lidi secara tradisional ini. Antaranya:

1.Kalau sapu, rambut tidak mudah melekat.
2.Ringan dan mudah digunakan.
3.Boleh digunakan pada tilam untuk membuang hama.
4.Bahan penyapu pun organik dan halal.
5.Sangat puas untuk sapu permukaan karpet.

Tidak ketinggalan juga, mungkin anda pernah dengar orang-orang tua bercakapa bahawa penyapu sering dianggap sial dalam pantang-larang masyarakat Melayu. Beberapa larangan yang dikatakan adalah, anak-anak kecil tidak digalakkan dipukul dengan penyapu kerana akan membawa sial kepada anak.

Selain itu, penyapu akan digantung di pintu belakang rumah dengan tujuan menghindari dari dimasuki pencuri. Memukul orang yang belum berkahwin dengan penyapu juga dipercayai menyebabkan tiada jodoh kepada yang belum berkahwin.

penyapu lidi

*Nak pukul orang dengan penyapu pun boleh!

Baca juga: Cara Buat Duit Online Guna Touch N Go, Duit Masuk Tanpa Perlu Buat Apa-Apa Pun!

Sumber: Lemon8 @Azzirarazak,

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×