DIY & Kraf

Teknik Hilangkan Kesan Gam Tape Pada Barang, Tak Payah Tonyoh Guna Kuku

2
SHARES
kesan gam pelekat

“Stresnya nak hilangkan kesan gam pelekat tape dekat bekas ni. Jenuh nak tonyoh masih tak keluar gam!”

Menarik buang sticker, tape atau apa-apa jenis pelekat pada permukaan dan barang memang meletihkan. Mana tidaknya, kesan gam yang masih tertinggal memerlukan bahan dan cara tertentu untuk menghilangkannya. Semakin lama ia kekal di permukaan, semakin banyak habuk dan kotoran yang akan melekat dan boleh menjadi lebih sukar untuk dibuang.

Baca juga: Cara Buat Duit Online Guna Touch N Go, Duit Masuk Tanpa Perlu Buat Apa-Apa Pun!

CARA MENGHILANGKAN KESAN GAM PELEKAT/ TAPE

kesan gam pelekat

Foto: The Spruce

Jadi, berikut merupakan antara cara yang anda boleh lakukan untuk menghilangkan kesan gam tape atau apa-apa jenis pelekat pada permukaan. Tak payah tonyoh sampai patah kuku!

Bahan-bahan diperlukan:

-Span
-Pisau tumpul, pengikis plastik, kad kredit lama
-Berus berbulu lembut
-Tuala mikrofiber
-Sinki atau baldi plastik
-Pengering rambut
-Cuka putih
-Detergen pakaian
-Minyak sayuran/minyak masak
-Pembalut plastik
-Pencuci cermin
-Cecair pencuci pinggan mangkuk
-Tisu dapur
-Penyembur WD-40

1.HILANGKAN KESAN TAPE DARI KAIN

Panaskan sedikit cuka putih dalam ketuhar gelombang mikro (microwave) sehingga ia suam tetapi tidak mendidih. Celupkan span dalam cuka suam dan picit sambil tonyoh pada bahagian yang ada gam. Pelekat dah mula longgar dan bergulung dan anda boleh mengangkatnya dengan pisau tumpul atau guna bahagian tepi sudu.

2.HILANGKAN KESAN TAPE DARI KACA

Jika pelekat atau sisa tidak boleh dihilangkan dari bekas kaca, sapukan kawasan bergam itu dengan minyak sayuran atau minyak masak (kalau nak guna mentega atau mentega kacang pun berfungsi). Balut bekas dengan bungkus plastik dan biarkan selama sekurang-kurangnya 30 minit. Gunakan pisau yang sudah tumpul atau pengikis plastik untuk mengeluarkan pelekat dan sisa. Akhir sekali, bersihkan kaca dengan pembersih.

3.HILANGKAN KESAN TAPE DARI LOGAM

-Sapukan sisa pelekat dengan minyak sayuran. Tutup dengan bungkus plastik dan biarkan ia meresap selama 30 minit. Gunakan pengikis plastik dan kain lama untuk mengelap sisa. Basuh kawasan itu dengan air sabun suam untuk mengeluarkan minyak dan keringkan dengan kain lembut.

-Kemudian, gunakan pengering rambut yang ditetapkan kepada sederhana untuk memanaskan sisa gam. Pelekat akan lembut dan selalunya boleh disapu begitu sahaja.

-Sembur sisa pelekat tape dengan sedikit WD-40. Biarkan ia berfungsi selama beberapa minit kemudian lap pelincir dan sisa.

kesan gam pelekat

Foto: The Spruce

*Pastikan baca label pada barang dahulu dan gosok kesan gam tape dengan perlahan-lahan. Jangan gosok atau kikis dengan kasar yang boleh merosakkan apa jua permukaan.

Baca juga: Tips Nyahkan Bau Kucing Dalam Rumah Guna Rendaman Kulit Kayu Manis

Sumber: The Spruce

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×