Cantik

Petua Rawat Kuku Guna 5 Bahan Semula Jadi Yang Hebat, Tampil Cantik Berkilau!

26
SHARES
petua merawat kuku

Kuku adalah salah satu bahagian tubuh yang boleh menjadi penunjuk kesihatan. Kuku juga boleh menyokong penampilan anda, jadi penting untuk mengetahui cara menjaga kuku supaya sentiasa sihat dan kuat. Berikut merupakan lima petua merawat kuku menggunakan bahan semula jadi yang boleh dicuba di rumah.

Baca juga: 6 Tips Berenang Ketika Haid Wanita Perlu Patuh, Baru Air Tak Tercemar Darah!

PETUA MERAWAT KUKU

petua merawat kuku

Gambar: valuavitaly

BAHAN ASLI PERAWATAN KUKU

Anda boleh merawat kuku dengan pelbagai bahan semula jadi untuk menjaga kesihatan dan kecantikannya. Walau bagaimanapun, pastikan ia dilakukan dalam keadaan kuku yang tidak mempunyai masalah kesihatan.

Berikut adalah cara atau petua merawat kuku dengan bahan-bahan semula jadi yang boleh digunakan, jika anda mahu kuku yang lebih sihat dan cantik.

1. Bawang putih

Petua merawat kuku di rumah yang pertama adalah menggunakan bawang putih. Tanaman hortikultur ini kaya dengan selenium, yang membantu meningkatkan pertumbuhan kuku.

  1. Gosok kuku dengan hirisan bawang putih di semua bahagian kuku.
  2. Boleh campurkan minyak zaitun, jika tidak suka aroma bawang putih.

2. Madu

Petua seterusnya untuk menjaga kuku di rumah, anda boleh menggunakan madu. Ramuan ini membantu melawan pertumbuhan bakteria dan kulat, secara tak langsung memastikan kuku dan kutikula sentiasa sihat dan anjal.

  1. Boleh buat mask kuku daripada campuran lemon dan madu.
  2. Kemudian gunakan secara berkala untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
  3. Jangan lupa urut perlahan-lahan semasa menyapu ramuan tersebut.

Baca juga: 5 Fakta Menarik Lesung Pipit Ramai Tak Tahu, ‘Kecacatan’ Muka Yang Digilai!

3. Minyak kelapa

petua merawat kuku

Gambar: jcomp

Minyak kelapa sangat melembapkan dan membantu menguatkan kuku serta melembutkan kutikula. Selain itu, ia mempunyai c yang merupakan berita baik jika anda terdedah kepada jangkitan kuku. Bagi rawatan yang berkhasiat, anda perlu:

  1. Panaskan minyak kelapa selama 20 saat dalam ketuhar gelombang mikro.
  2. Kemudian, urut ke dalam kutikula sebelum tidur.
  3. Pakai sepasang sarung tangan kapas nipis selama semalaman, untuk menutupinya.

4. Cuka epal

Anda yang mempunyai jangkitan kulat pada kuku boleh mencuba cuka epal untuk rawatan. Beberapa kajian mengatakan bahawa cuka epal mempunyai sifat antikulat yang baik untuk rawatan.

Cuka epal yang bersifat masam berfungsi dengan meneutralkan persekitaran beralkali (mendorong pertumbuhan kulat). Adalah disyorkan untuk merendam dalam cuka epal dua kali sehari.

  1. Tuang cuka epal dan air suam dalam besen besar dengan perbandingan yang sama.
  2. Rendam kaki sekurang-kurangnya 20 minit, sebelum keringkan dengan tuala bersih.

Ingat ya, kaedah ini hanya untuk rawatan, bukan untuk penjagaan harian. Hal ini kerana, tidak digalakkan merendam kuku terlalu lama di dalam air.

5. Jus lemon

Jus lemon boleh membantu mencerahkan kuku dan menghilangkan kotoran. Selain itu, kandungan vitamin C di dalamnya juga dapat menggalakkan pertumbuhan yang lebih kuat.

  1. Sapukan jus lemon menggunakan kapas pada setiap kuku dan biarkan ia kering.
  2. Anda boleh menggunakan hirisan lemon terus pada kuku.
  3. Lakukan ini dua kali seminggu, diikuti dengan pelembap.

Baca juga: 6 Tempat WAJIB Diurut Bila Sakit Kepala, Confirm Lepas Picit Lega!

Sumber: Orami

FT Image: valuavitaly

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×