Cantik

Bukan Pemerah Kuku Je, Ini Khasiat Daun Inai Ramai Tak Tahu Boleh Rawat Penyakit Rupanya!

19
SHARES
khasiat daun inai

Di Malaysia, semua sedia maklum bahawa inai dihasilkan daripada daun inai dan campuran bahan-bahan lain. Namun, bagaimana pula dengan khasiat daun inai?

Menurut laman Women Online Magazine, inai merupakan sejenis pokok yang mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi terutama pada bahagian daunnya. Dalam bahasa saintifiknya adalah Lawsonia Inermis. Nak tahu khasiat lain daun inai mari ikuti penerangannya di bawah.

Baca juga: Abang Jangan Risau Kepala Makin Botak, Makan KUACI BIJI LABU Boleh Lebat Rambut Semula!

KHASIAT DAUN INAI

khasiat daun inai

Gambar: SPModelsNature

Pokok inai mempunyai nilai ubatan yang tinggi terutamanya pada daunnya. Di mana, selama berkurun kurun lamanya inai telah digunakan untuk tujuan perubatan dan salah satu kegunaan utama inai adalah sebagai agen penyejuk.

Khasiat daun inai

Berikut merupakan antara khasiat yang ada pada daun inai:

  • Menyembuhkan sakit perut dengan meminum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang.
  • Menyelesaikan masalah perut masuk angin dan cirit-birit.
  • Digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. Bersihkan daun terlebih dahulu, kemudian tumbuk daun sehingga hancur. Selepas itu, sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit.
  • Mewarnakan tapak tangan, kuku dan kaki.
  • Serbuk daun inai dikatakan mampu untuk menyembuhkan luka-luka semasa berkhatan, bisul, penyakit-penyakit kulit dan sengal-sengal tulang.
  • Jus daun inai digunakan bagi melegakan sakit kepala akibat cuaca panas.
  • Mampu merawat penyakit hati seperti sakit atau demam kuning yang selalu dihadapi oleh bayi yang baru lahir dan hati membengkak.

Baca juga: Air Mandian Daun Untuk Atasi Badan Tak Bermaya, Lepas Siram Terus Segar!

Sebab daun inai menghasilkan warna merah

Kalau nak tahu, daun inai mengandungi bahan pewarna glukosid dan asid henotanik. Asid henotanik pada daun inai menyebabkan kulit yang disapu inai akan berwarna merah.

Hal ini disebabkan pewarna yang sememangnya terdapat dalam asid henotanik akan bergabung dengan kolagen pada sel kulit dan keratin pada kuku dan rambut. Minyak daripada biji inai mengandungi behenik, arasidik, sterik, palmitik, asid oleik dan linoleik.

Daun inai pewarna rambut semula jadi

Selain sebagai pemerah kuku, daun inai juga boleh digunakan sebagai pewarna rambut semula jadi yang tentunya bagus untuk rambut dan kulit kepala. Di samping mampu menghitamkan rambut yang beruban.

  1. Ambil daun inai sesuai dengan keperluaan dan cuci sehingga bersih.
  2. Kemudian tumbuk atau kisar sehingga lumat dengan meletakkan sedikit air.
  3. Setelah itu, sapukan dan ratakan pada rambut anda.
  4. Biarkan selama sejam agar pewarnaan tersebut sempurna.
  5. Selepas itu, cuci rambut dengan syampu agar bersih, lalu dikeringkan.

Baca juga: Anda Kena Tahu Ini 11 Kesan CUT GULA Pada Kesihatan, Risiko Nyanyuk Pun Kurang!

Sumber: Women Online Magazine

FT Image: bukalapak.com / PGMall

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×