Asuh

Anak Kena Demam Kuning Risaunya Hati…Ini Jenis Makanan Ibu Menyusu Perlu Elakkan!

3
SHARES
bayi demam kuning

Bayi demam kuning atau Jaundis merupakan pengumpulan bilirubin dalam darah. Bilirubin adalah pigmen kuning yang dikeluarkan semasa pemecahan sel darah merah. Terlalu banyak pigmen ini menyebabkan kulit, mata dan gusi menjadi kuning.

Si kecil yang mengalami demam kuning, boleh disembuhkan dengan diet yang diamalkan ibu dan disalurkan melalui susu badan. Ini kerana, apa yang ibu masukkan ke dalam badan boleh memberi kesan kepada susu ibu. Sebagai ibu yang menyusu badan, penting untuk memilih makanan berkhasiat dan mengelakkan makanan yang mungkin menyebabkan gangguan gastrousus kepada bayi baru lahir.

Baca juga: Zak** Tak Menegang Bila Bersama? Alamak! Mungkin Itu Petanda Anda Mati Pucuk…

BAYI DEMAM KUNING (JAUNDIS)

bayi demam kuning

Gambar hiasan: GOLFX – Shutterstock.

Punca bayi kuning (jaundis)

Bagi sesetengah bayi yang baru lahir, hati mereka tidak cukup matang untuk menyingkirkan lebihan bilirubin dalam aliran darah yang dikenali sebagai hiperbilirubinemia sehingga menyebabkan mata atau kulit bayi kelihatan kekuningan.

Jaundis pada bayi baru lahir boleh dirawat dengan fototerapi. Rawatan ini menggunakan lampu khas untuk menukar bilirubin kepada lumirubin, yang kemudiannya boleh dikumuhkan ke dalam hempedu atau air kencing bayi.

Dalam kebanyakan kes, jaundis akan muncul pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran bayi dan akan sembuh dengan sendirinya. Walau bagaimanapun, anda boleh membantu memulihkannya dengan memilih makanan yang terbaik.

Baca juga: Terkejut Dengar Anak Kecil Mencarut & Cakap Kesat, 6 Tips Ini Ibu Bapa Perlu Buat!

Bayi demam kuning: Jenis makanan ibu menyusu perlu elakkan

Sebagaimana terdapatnya makanan yang boleh dimakan untuk membantu memulihkan penyakit kuning bayi, terdapat juga makanan yang berfungsi sebaliknya.

Berikut merupakan beberapa jenis makanan yang anda ingin elakkan daripada ‘dihantar’ kepada bayi melalui susu ibu.

bayi demam kuning

Gambar hiasan: GettyImages.

1. Minuman beralkohol

Alkohol adalah toksik kepada kebanyakan tisu dalaman badan, termasuk hati. Penggunaan alkohol berlebihan boleh menyebabkan keradangan kronik, mengurangkan fungsi hati dan membawa kepada fibrosis.

Kebanyakan orang yang mengalami jaundis atau masalah hati lain harus mengelakkan alkohol sepenuhnya.

2. Makanan yang telah diproses & masin

Banyak makanan yang diproses dalam tin atau salai, terutamanya daging dan sayur-sayuran dalam tin, mengandungi bahan pengawet yang tinggi.

Pengawet ini biasanya merupakan berbentuk garam, seperti nitrat dan sulfat. Garam mengeringkan badan, menjadikan pencernaan dan metabolisme lebih sukar serta memberi tekanan pada hati.

Bahan makanan dengan 1.5 gram (g) garam setiap 100 g (atau 0.6 g natrium) atau lebih tinggi, dianggap tinggi garam.

Baca juga: Panduan Mudah Cuci Kemaluan Bayi Lelaki, Juga Tips Penjagaan Lepas Sunat Baby

3. Lemak tepu & trans serta makanan segera & berminyak

bayi demam kuning

Gambar hiasan: Google.

Makanan bergoreng, berminyak dan segera mengandungi jumlah lemak tepu dan trans yang tinggi yang sukar dihadam, terutamanya minyak sayuran separa terhidrogenasi.

Sesetengah produk tenusu termasuk keju, susu penuh (whole milk) dan yogurt penuh lemak, juga mengandungi tahap lemak tepu yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa orang yang mengambil sejumlah besar lemak tepu dan trans mengalami perubahan hati dan peningkatan rintangan insulin. Di mana, insulin membantu mengawal paras gula dalam darah dan membantu mencerna gula.

Pengambilan tinggi lemak tepu dan trans juga dikaitkan dengan obesiti dan kekurangan zat makanan, yang merupakan faktor risiko untuk keadaan hati termasuk jaundis. Disyorkan untuk mengehadkan pengambilan lemak tepu kepada 5 hingga 6 peratus daripada jumlah kalori dan cuba mengehadkan atau mengelakkan lemak trans sama sekali.

4. Gula halus

Soda, makanan bakar, roti putih dan pasta semuanya mengandungi jumlah gula halus yang tinggi. Terlalu banyak gula dikaitkan dengan beberapa keadaan kesihatan yang menjejaskan fungsi hati, termasuk diabetes jenis 2 dan obesiti.

5. Ikan & kerang mentah atau kurang masak

Ikan dan kerang mentah atau kurang masak mungkin mengandungi toksin yang boleh merosakkan hati dan organ pencernaan lain. Terdapat juga risiko bahawa ia mengandungi virus, bakteria dan parasit yang boleh menjangkiti hati.

6. Daging merah

Daging merah seperti daging lembu mengandungi tahap asid amino dan lemak haiwan yang tinggi. Malah ia juga sukar dihadam dan memberi tekanan pada hati yang rosak.

Kebanyakan kajian mencadangkan daging tanpa lemak, seperti ayam dan ikan. Malah, protein berasaskan tumbuhan seperti kekacang dan tauhu adalah sumber protein yang lebih mesra hati.

Baca juga: Doa Anak Lambat Bercakap, Ikhtiar Cara Ini, InsyaAllah Lancar

Sumber: Medical News Today / Uncustomary

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×