Asuh

4 Penyakit Kanak-Kanak Ibu Bapa Kena Alert, Jangan Ambil Mudah!

151
SHARES

Covid-19 masih lagi berleluasa walaupun begitu, penemuan vaksin dapat mengurangkan sedikit tekanan atau kebimbangan kita untuk menghadapinya terutama golongan yang mempunyai antibodi yang tidak kuat seperti kanak-kanak.

Pakar Pediatrik & Pakar Endokrinologi Pediatrik, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr. Rashdan Zaki Mohamed berkongsi di laman sosialnya mengingatkan ibu bapa untuk memberi perhatian yang tinggi kepada kesihatan anak-anak.

Baca juga: Doktor Jelas Penyakit Kaki Tangan & Mulut (HFMD) Akan Pulih Sendiri, Yang Penting Jaga Kebersihan!

4 PENYAKIT KANAK-KANAK IBU BAPA KENA ALERT, JANGAN AMBIL MUDAH!

Gambar hiasan – Parents

Beliau telah berkongsi 4 penyakit yang perlu diberi perhatian ketika ini, oleh kerana ianya sedang berleluasa sehingga menjadi kebimbangan utama kerana kebanyakan penghidapnya adalah golongan kanak-kanak.

Menurutnya, kes jangkitan penyakit 1 hingga 3 semakin meningkat. Manakala, penyakit ke-4 yang baru diumumkan oleh World Health Organization (WHO) dan KKM merupakan kebimbangan baru yang perlu juga diberi perhatian oleh ibu bapa.

PENTING

IBU BAPA WAJIB AMBIL PERHATIAN 4 PENYAKIT DI BAWAH YANG KETIKA INI MENJADI KEBIMBANGAN UTAMA

1. MIS-C / KAWASAKI

Gambar hiasan – SirapLimau

  • Komplikasi jangkitan COVID-19 (biasanya setelah 2-4 minggu jangkitan COVID-19).
  • Organ utama yang terjejas adalah JANTUNG, namun organ lain juga boleh turut terjejas.
  • Tanda utama: Demam berpanjangan, ruam merah, bibir merah/kering/merekah, mata merah, bengkak kalenjar limfa, bengkak kaki/tangan.
  • Tanda lain: debar-debar, keletihan, nampak tidak sihat keterlaluan.

2. HFMD

Gambar hiasan -SirapLimau

  • Penyakit kaki, tangan, mulut.
  • Amat mudah berjangkit!
  • Boleh dapat komplikasi radang jantung (dan organ lain), namun kebiasaannya jangkitan ringan.
  • Tanda utama: ruam kaki/tangan, ulser mulut.
  • Sebabkan ada ulser mulut, anak kurang makan/minum, membawa kepada kekeringan/dehidrasi.
  • Kes sekarang ini tengah meningkat

3. RSV

Gambar hiasan – VBIVaccines

  • Respiratory syncytial virus – virus yang biasanya menyerang peparu dan salur/sistem pernafasan.
  • Jangkitan kuman pneumonia/bronchiolitis/wheeze.
  • Tanda utama: Demam, sesak nafas, nafas laju/berbunyi.

4. HEPATITIS

Gambar hiasan – ParentCircle

  • KKM dan WHO baru umum.
  • Ada KEBIMBANGAN BARU di mana jangkitan/radang pada hati (hepar/liver) dikalangan kanak-kanak.
  • Tanda utama: kekuningan pada kulit/mata (jaundice), loya, muntah, hilang selera makan, keletihan.
  • Punca utama masih dalam siasatan.

Sementara itu, beliau turut berkongsi pautan di ruangan komen laman Facebooknya mengenai maklumat lanjut 4 penyakit tersebut untuk rujukan semua.

P/S saya ada share berkenaan 4 penyakit di atas sebelum ini. Boleh rujuk kembali. Terima kasih.

Sumber: Facebook Rashdan Mohamed / Twitter

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×