Asuh

Doktor Jelas Penyakit Kaki Tangan & Mulut (HFMD) Akan Pulih Sendiri, Yang Penting Jaga Kebersihan!

283
SHARES

Kebelakangan ini, ramai ibu bapa yang begitu khuatir tentang penularan kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) yang terjadi kepada anak-anak kecil.

Menurut Dr. Erna Nadia, penyakit HFMD akan pulih sendiri dan kebiasaannya akan pulih sepenuhnya dalam tempoh 7 hingga 10 hari. Malah, beliau turut berkongsi nota ringkas mengenai penyakit ini untuk mudah difahami dan langkah penjagaan anak yang dijangkiti serta cara pembasmian kuman yang betul.

Baca juga: Ibu Tertidur Jaga Anak Demam, Kecewa Tak Sedar Anak Diserang Sawan!

DOKTOR JELAS PENYAKIT KAKI, TANGAN & MULUT (HFMD) AKAN PULIH SENDIRI, YANG PENTING JAGA KEBERSIHAN!

Gambar hiasan: MIMSMalaysia

HFMD

Semalam terdapat satu kes di mana seorang kanak-kanak di Sarawak meninggal akibat penyakit kaki, tangan dan mulut aka HFMD ini.

Minggu lepas, Ketua Pengarah Kesihatan telah mengumumkan bahawa HFMD sudah mencapai tahap ‘ alert threshold’ (melebihi paras bahaya) kerana kes semakin hari semakin meningkat. Saya difahamkan terdapat sebuah sekolah di Pulau Pinang dan di Pahang telah ditutup akibat penularan penyakit ini.

NOTA RINGKASAN BERKENAAN HFMD UNTUK RUJUKAN

Ok, rasanya sudah ramai yang berkongsi tentang HFMD dan saya telah ringkaskan di dalam gambar di bawah.

PENYAKIT HFMD DISEBABKAN OLEH VIRUS

Penyakit ini bukanlah seperti yang terjadi kepada haiwan. Penyakit ini adalah disebabkan oleh virus. Virus ini disebarkan melalui cecair-cecair yang tersebar di udara dan di mana mana sahaja cecair ini ‘mendapat’.

CONTOH UNTUK DIFAHAMI MENGENAI JANGKITAN HFMD

Contoh paling mudah difahami adalah begini:

Polan menghidap jangkitan (batuk, selsema) yang dijangkiti virus Coxsackie A16. Polan batuk-batuk tanpa menutup mulut. Cecair dari hasil batuk Polan telah tersebar kepada Amat semasa mereka sedang bermain bersama dan cecair tersebut juga melekat kepada mainan yang mereka main serta lantai yang mereka pijak.

Akibatnya, Amat tersentuh mainan dan terpijak lantai tersebut menyebabkan Amat juga turut mendapat virus ini secara tidak langsung.
Amat dan Polan mula ditumbuhi ruam dengan lepuh (rashes with blisters) dan Siti datang bermain sekali. Cecair di tangan Amat terkena kepada Siti menyebabkan Siti juga terjangkit sama.

HFMD BIASANYA BERLAKU KEPADA KANAK-KANAK BERUSIA…

Gambar hiasan: Wikipedia

Satu pesakit HFMD boleh mengjangkiti sekurang kurangnya 5 orang pesakit lain. HFMD biasa berlaku kepada kanak kanak yang berusia 5 tahun ke bawah. Orang dewasa juga boleh mendapat penyakit ini namun jarang berlaku.

Jika berlaku kepada wanita mengandung, insha Allah ianya tidak menjangkiti janin di dalam kandungan. Namun, dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.

PENYAKIT HFMD AKAN PULIH SENDIRI?

Penyakit ini akan pulih sendiri.

Badan kita akan membentuk antibodi untuk melawan virus ini. Biasanya penyakiti ini mengambil masa 7-10 hari untuk pulih sepenuhnya.

Gambar hiasan: TheNewAgeParents

MACAM MANA NAK TAHU BILA DAH SEMBUH?

Bila sudah tiada ruam baru yang tumbuh dan ruam yang sedia ada sudah kering kesemuanya.

Namun,ini bukanlah bermakna anda boleh membawa anak untuk keluar berjalan-jalan. Pastikan ruam sudah hilang, demam sudah tiada, batuk selsema juga sudah pulih, barulah bawa anak keluar ke tempat awam.

Penularan penyakit ini disebabkan sesetengah ibu bapa yang masih membawa anak-anak yang tidak sihat ke tempat awam dan tahap kebersihan di beberapa tempat awam serta sekolah/taska/rumah pengasuh/rumah sendiri yang tidak terjaga.

CARA PEMBASMIAN KUMAN YANG BETUL!

Gambar hiasan: Shutterstock

Virus ini tidak akan mati hanya dengan sanitizer menggunakan ethanol atau sabun biasa (tak kiralah jenama apa). Seeloknya basmi kuman tersebut dengan campuran air suam panas dengan kloroks.

1. Untuk lantai/tandas/permukaan alatan, boleh larutkan 200ml klorok dengan 20liter air. Kekuatan campuran adalah 0.05%.

2. Untuk baju/mainan/pinggan mangkuk, larutkan 20 liter air suam panas dengan 40ml klorok. Kekuatan campuran adalah 0.01%.

JANGAN MUDAH TERIKUT PETUA TANPA NASIHAT DOKTOR BERTAULIAH

Ada yang bagi petua suruh makan itu ini begiu begini dan ada yang suruh sapu macam-macam supaya ruam cepat sembuh. Tolonglah jangan mudah terikut.

Beri apa sahaja yang anak anda mahu atau boleh makan. Jika anak anda ada alahan pada telur atau seafoods atau apa sahaja, janganlah beri.

Elok berikan makanan yang lembut kerana mereka masih dalam keadaan sukar untuk mengunyah akibat ulser di dalam mulut. Pastikan mereka mendapat cukup air.

Jika terdapat tanda tanda dehidrasi atau kurang air ( bibir kering/kulit kering/air kencing berkurangan/ pucat/lemah / tidak aktif), bawalah berjumpa doktor untuk diperiksa. Jangan dibiarkan di rumah.

KOMPLIKASI PENYAKIT LAIN YANG BOLEH DIBAWA OLEH HFMD

HFMD boleh membawa komplikasi seperti jangkitan kuman kepada paru-paru, jantung, mata dan otak. Jadi berhati-hatilah.

Ada juga yang mendapat jangkitan bakteria bersama sama HFMD. Hal ini akan diperiksa oleh doktor dan jika sah bakteria terlibat sama, barulah antibiotik akan diberi.

HFMD ADALAH VIRUS BIASA, RUAM & LEPUH AKAN BAIK SENDIRI, TIDAK PERLU MEMBAZIR

Ingat penyakit ini disebabkan oleh virus yang biasa. Jadi, tidak perlu antibiotik atau antivirus dan tidak ada vaksin lagi untuk penyakit ini.

Tidak perlu membazir membeli spray atau apa-apa krim sapu untuk ruam atau lepuh. Ruam dan lepuh ini akan baik dengan sendirinya. Ruam ini tidak menyebabkan kegatalan.

KEBERSIHAN PERLU DIJAGA DENGAN BETUL & IBU BAPA YANG BERTANGGUNJAWAB!

Gambar hiasan: Liputan6

Pastikan kebersihan dijaga dengan betul. Cuci tangan dengan air dan sabun selepas ke tandas, sebelum dan selepas makan, selepas menukar lampin/cuci najis.

HFMD boleh dikurangkan penularannya.

Hanya perlukan ibu bapa yang bertanggungjawab untuk tidak membawa anak-anak yang tidak sihat ke sekolah/taska/rumah pengasuh atau ke tempat awam (kedai makan, shopping mall, taman permainan, pasar malam yada yada yada).

HANYA PASTIKAN ANAK TIDAK DEHIDRASI & AKTIF!

Ingat, penyakit ini boleh pulih sendiri cuma perlu memastikan anak-anak tidak dehidrasi dan aktif. Penyakit ini boleh berulang kembali kepada mereka yang pernah dijangkiti.

Jaga kesihatan. Jaga kebersihan. Dan jadilah manusia yang bertanggungjawab.

Nota kaki : Tolonglah jangan bertanya atau meminta petua petua yang tidak betul di media sosial.

Dr.Erna Nadia,

Semakin risau melihat bilangan pesakit yang makin meningkat.

Facebook: Erna Nadia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×