Asuh

Ibu Tertidur Jaga Anak Demam, Kecewa Tak Sedar Anak Diserang Sawan!

10
SHARES

Ibu mana yang senang hati bila lihat anak kecilnya sakit terutama demam. Maka, dijaga si anak seharian dari pagi hingga ke tengah malam dengan penuh kasih-sayang dan ketelitian.

Namun, sekuat mana seseorang itu rehat diperlukan juga. Kudrat kekuatan tidak dapat bertahan jika tenaga badan sudah kepenatan. Begitulah, kisah yang dikongsikan oleh Dr. Redza Zainol, di mana seorang ibu menangis bersalah akibat tertidur sewaktu menjaga anaknya yang demam sehingga diserang sawan dan menyalahkan dirinya sendiri.

Baca juga: 2 Jenis Urutan Untuk Bayi Tak Lalu Makan, Kembung Perut & Sembelit

IBU TERTIDUR JAGA ANAK DEMAM, KECEWA TAK SEDAR ANAK DISERANG SAWAN!

Gambar hiasan: NewsWalle

Pernah seorang kanak-kanak masuk ke wad sebab sawan panas. Sawan panas ni ialah keadaan anak yang sawan disebabkan demam antara usia 6 bulan sehingga 6 tahun.

Macam biasa, saya pun tanya itu ini untuk dapatkan maklumat lengkap tentang anaknya. Sambil ibu ni bercerita, saya perasan yang ibu ni nampak serba tak kena.

Muka berkerut dan nampak kusut. Setiap perkataan yang keluar dari mulutnya, penuh dengan nada kecewa. Saya sambung mendengar sampailah dia kata,

“Saya sebenarnya cuba tahan mata supaya tak tertidur malam tadi. Sebab saya nak lap badan anak saya. Tapi bila saya terjaga, badan dia dah panas sangat. Sebab tu dia sawan.”

Berjurai air mata si ibu.

Gambar hiasan: Mom.com

Lambat betul saya nak tersedar. Ibu ni diselubungi dengan rasa bersalah. Dia fikir dialah punca anaknya jadi sawan. Saya pun kata begini.

“Sebenarnya dia demam sikit atau demam tinggi, dia tetap boleh jadi sawan. Suhu dia 37.6°C pun boleh sawan, suhu dia cecah 41°C pun boleh sawan. Tak ada orang yang boleh kawal sawan sebab ia datang dari dalam otak anak. Bukan salah puan anak jadi sawan.”

Dia pandang pada saya. Riak mukanya perlahan-lahan bertukar. Nampak lega. Dia ucap terima kasih sambil dipeluk-peluk anaknya tu.

Besar sungguh ujian kaum ibu ni. Ramai ibu yang datang ke wad dalam keadaan begini.

Ada yang rasa bersalah sebab anak kerap masuk ke wad. Ada yang mengadu malu dengan bos sebab anak asyik sakit sampai terpaksa kerap ambil cuti.

Untuk suami, kalau anda nampak isteri bergelut dengan bermacam rasa, tawarkan diri anda untuk mendengar sepenuh hati. Tak reti juga, senyumlah dan cuba ada disamping isteri. Mereka perlukan sokongan keluarga.

Untuk ibu-ibu, anak sakit bukan salah awak. Tertidur ketika anak sakit dan demam, tak sedikit pun mengurangkan kebaikan awak sebagai seorang ibu. Tidur itu Allah yang beri sebab Allah tahu ibu pun perlukan rehat.

Selamat Hari Ibu ❤️

Sumber: Facebook Redza Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×