Asuh

2 Jenis Urutan Untuk Bayi Tak Lalu Makan, Kembung Perut & Sembelit

40
SHARES

Ibu bapa mana yang senang hati bila melihat anak meragam kesakitan dan bila anak tiada selera makan. Pastinya kerutan kerisauan akan muncul di dahi kerana tidak tahu untuk melakukan apa bagi menyurutkan masalah anak.

Melihat bahasa tubuh badan anak pun ibu bapa sudah faham masalah apa yang dialami anak.

Sudah pasti kita inginkan anak-anak dalam keadaan baik. Jika bayi anda mengalami masalah seperti tiada selera makan, kembung perut atau sembelit, apa kata ikhtiar dengan teknik urutan yang dikongsikan seperti di bawah.

Baca juga: Berapa Lama Maksimum Waktu Bayi Boleh Duduk Dalam Car Seat Dalam Perjalanan Jauh?

2 JENIS URUTAN UNTUK BAYI TAK LALU MAKAN, KEMBUNG PERUT & SEMBELIT

URUTAN UNTUK BAYI YANG TIDAK LALU MAKAN

1. Selak baju hingga nampak tulang belakang anak.

2. Urut di tepi tulang belakang secara menaik.

3. Kemudian turun ke tepi hingga ke bontot.

4. Ulang selama beberapa minit sambil berdoa moga anak bertambah berselera.

URUTAN UNTUK BAYI KEMBUNG PERUT & SEMBELIT

Kepada ibu bapa yang mengalami masalah bayi kembung perut dan sembelit boleh menggunakan teknik urutan ‘I LOVE YOU’ seperti di dalam video.

Urutan ini dapat bantu bayi untuk mudah buang angin, melegakan kembung perut, membuat bayi lebih selesa dan tidur lebih lena.

1. Gunakan jari telunjuk dan jari hantu untuk urut di bahagian tepi perut bayi dengan pergerakan urutan huruf ‘I’.

2. Kemudian mulakan dari atas bahagian kiri bayi untuk buat pergerakan urutan huruf ‘L’ secara terbalik.

3. Buat urutan pergerakan huruf ‘U secara terbalik di kawasan perut bayi.

4. Ulang pergerakan yang sama dan berdoa.

Semoga perkongsian ini berupaya memberi manfaat kepada ibu bapa di luar sana dalam membantu melegakan kerisauan yang dihadapi serta melegakan kesakitan anak.

VIDEO PENUH:

 

Sumber: Tiktok Momohouse_kj

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×