Asuh

Berapa Lama Maksimum Waktu Bayi Boleh Duduk Dalam Car Seat Dalam Perjalanan Jauh?

84
SHARES

Bila pergi bercuti atau pulang ke kampung terutama jaraknya jauh, keluarga yang mempunyai anak kecil kebiasaannya akan didudukkan dalam ‘baby car seat’ atau kerusi kereta bayi.

Namun, tiba-tiba bayi meragam tidak selesa dan tidak mahu duduk dalam baby car seat. Melalui perkongsian yang dibuat oleh Che Qema Channel, terdapat maksimum waktu mengikut umur bayi apabila di dalam baby car seat. Jika melebihi tempoh tersebut, bayi akan berdepan dengan beberapa kesan.

Baca juga: Ibu Kongsi Set Keperluan Anak Untuk Bawa Travel, Balik Raya Pun Wajib Bawa!

BERAPA LAMA MAKSIMUM WAKTU BAYI BOLEH DUDUK DALAM CAR SEAT DALAM PERJALANAN JAUH?

Hai…saya nak tanya, baby umur 3 bulan untuk perjalanan jauh maksimum dalam car seat 2 jam je kan. Lepas 2 jam, seeloknya berhenti berapa lama? 30 minit cukup tak sebelum teruskan perjalanan?

Kedua, apa kesan kalau baby duduk dalam car seat lebih dari 2 jam? Dan baby sakit tak badan bila duduk dalam car seat lama-lama? Thank you!

JAWAPAN BERKENAAN MAKSIMUM MASA BAYI DUDUK DALAM CAR SEAT

Gambar hiasan – WordPress

1. BAYI BAWAH 1 TAHUN

Untuk baby below 1 year old, maksimum 1 jam dalam car seat.

2. BAYI BAWAH 2 TAHUN

Untuk baby 2 tahun ke bawah, maksimum 2 jam dalam car seat.

3. BAYI LEBIH 2 TAHUN

Untuk lebih 2 tahun, puan dinasihatkan untuk stop buat regangan selepas 2-3 jam.

SELAIN ITU,

Boleh berhenti 5 mins atau 10-15 mins, bergantung keperluan baby. Keluarkan, stretch badan sikit, kemudian boleh teruskan perjalanan.

Unless baby needs to change diaper/ minum susu, then the break will take longer (melainkan bayi perlu menukar lampin atau minum susu, waktu rehat akan ambil masa lama).

KESAN BAYI DUDUK DALAM CAR SEAT LEBIH WAKTU

Gambar hiasan – Pampers

Kesan duduk dalam car seat lebih dari waktu yang dicadangkan:

Baby lenguh, dan “increased risk of positional asphyxiation. Nafas terhenti disebabkan kedudukan tak ideal.”

Sekian, tak payah susah-susah scroll untuk jawapan. Terima kasih admin sebab approve soalan dan bantu memberi jawapan! Semoga bermanfaat untuk semua.

Kredit: Faten Atirah

Sumber: Facebook Che Qema Channel

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×