Topik pendidikan seksual bukanlah lagi satu perkara asing di telinga masyarakat kini. Mereka sudah mulai cakna tentang impaknya, sekiranya ilmu ini tidak diajar kepada kanak-kanak sedari masih kecil lagi.
Ini termasuklah batas yang perlu dijaga sewaktu pulang ke kampung halaman, terutama buat anda yang memiliki sebuah keluarga yang besar. Walaupun, jiwa masyarakat sudah sebati menyanjungi amalan budi pekerti, namun janganlah sampai budaya memakan diri.
Baca juga: Usia 4, 5 Atau 6 Tahun, Umur Mana Yang Nampak Anak Sedia Ke Sekolah? OT Kongsi 5 Aspek Ini!
PENDIDIKAN SEKSUAL DI DALAM KELUARGA BESAR
Sekiranya pulang ke kampung, pasti tidak lari dengan perbuatan yang tanpa disedari sebenarnya boleh mengundang kepada kejadian yang tidak diingini. Pastikan mengajar anak-anak tentang batas antara diri dengan individu yang boleh dikahwini atau bukan mahram, terutamanya berstatus sepupu.
Antara perbuatan tersebut adalah mandi bersama, bersalaman, mempersiapkan anak di depan orang ramai dan sebagainya. Justeru itu, mari ikuti 5 pesanan buat ibu bapa yang ada anak kecil ketika bercuti di kampung halaman dari OT Siti ‘Aisyah Razalli seperti di bawah.
PESANAN KETIKA BERCUTI DI KAMPUNG HALAMAN
Pesanan untuk mak ayah yang ada anak kecil ketika bercuti di kampung halaman.
1. JANGAN SESEKALI BIARKAN ANAK MANDI BERSAMA SEPUPU
Jangan sekali-kali biarkan anak mandi bersama sepupu sepapat. Jangan gunakan alasan alah budak kecil lagi.
Mak atau ayah yang siapkan anak ya. Baik jirus air, sabun, lap dengan tuala dan pakaikan baju. Melainkan anak dah besar dan boleh urus sendiri. Itupun, bukan mandi bersama. Dia sendiri-sendiri sahaja.
2. JANGAN SIAPKAN ANAK DEPAN ORANG RAMAI
Masa nak pakaikan baju anak, jangan siapkan depan orang ramai. Kalau rumah mak bapa kita ada cukup bilik, siapkan di bilik. Kalau tak ada, cari ruang yang okay sikit.
3. CUBA ELAK TIDUR BERSEPAH HINGGA MENDEDAHKAN AURAT

Gambar hiasan: Zukidin.com
Kalau keluarga besar, buatlah apa jua cara supaya waktu tidur tak bersepah kedudukannya hingga aurat terdedah sana sini. Nanti tak pasal, ipar duai yang jenis pervert selak kain biras masa tidur.
Habis bergaduh satu family dek perangai satu dua individu dalam rumah.
4. JANGAN BIARKAN ANAK RALIT BERMAIN TELEFON BIMBIT BERSAMA SEPUPU
Jangan biarkan anak ralit main phone bersama sepupunya. Betul, kita kawal dan pantau anak akses video dan games sebelum ini, tapi belum tentu adik-beradik kita yang lain setegas itu dalam mendidik anak mereka.
Make sure anak dan sepupunya tak layan game sembunyi-sembunyi di dalam bilik siap dikunci pintu lagi. Silap-silap, bukan games yang dimain, tapi ada ‘sesuatu’ yang ditonton.
5. KETAHUI BATAS ANTARA BUKAN MAHRAM
Walau kita gelar sedara-mara, adik-beradik, belum tentu lagi mereka itu mahram kita. Bersalam tangan dah satu hal, ini siap cium pipi kiri kanan pula antara sepupu yang lain jantina.
Begitu juga antara anak kita dan keluarga yang ada. Sekadar salam dan cium tangan tak ada apa sangat, atas dasar hormat.
Apatah lagi anak masih kecil. Benda ni penting tahu. Tak bolehlah kita buat-buat simple sahaja. Banyak dah kes anak-anak kecil yang terdedah kepada rangsangan seksual secara sedar mahupun tak sedar.
Semua ini dipanggil Pendidikan Seksualiti.
Sumber: Facebook Siti ‘Aisyah Rozalli