Gejala sumbang mahram bukan berita asing lagi dalam masyarakat di negara ini. Jenayah ini diundang berikutan peraturan dalam kekeluargaan yang memandang mudah kepada perkara yang dianggap remeh seperti pengasingan tempat tidur antara anak-anak dan ibu bapa.
Ibu bapa perlu tahu betapa seriusnya isu ini jika tidak mendidik anak dan memahamkan mereka dari awal lagi. Oleh itu, mari sama buka minda dengan hasil penulisan daripada Puan Wan Nur Syakira yang menerangkan serba dalam mengenai isu ini.
Baca juga: ”Salah Ke Menantu Perempuan Bangun Pukul 11 Pagi Di Rumah Mentua?”
TIPS DIDIK ANAK TIDUR BERASINGAN, ELAK UNDANG ISU JENAYAH DI KEMUDIAN HARI!
Mengasingkan tempat tidur ibu bapa dan anak sangat penting.
KENAPA PERLU ASINGKAN TEMPAT TIDUR ANAK & IBU AYAH?
– Terlalu banyak kes pornografi, ketagihan seks, sumbang mahram, rogol berlaku disebabkan tempat tidur ibu ayah dan anak-anak tidak diasingkan.
– Menjaga pandangan anak dan menjaga aurat ibu bapa dan anak.
– Besar kemungkinan anak melihat apa yang berlaku antara kedua ibu bapa mereka. Ibu bapa sangka mereka tidur. Lalu anak ada rasa ingin tahu dan mencuba lalu akhirnya terjebak. Memang ada kes begini! Bahkan memberi kesan buruk pada emosi anak tersebut.
– Mengajar anak tentang konsep privasi, rasa malu dan had antara ibu bapa dan anak-anak.
– Menjaga keharmonian dan maruah setiap ahli keluarga.
Islam sendiri memberi panduan tentang pengasingan bilik tidur ibu bapa dan anak.
“Perintah anak kamu bersembahyang ketika mereka berumur 7 tahun, jika mereka tidak melakukannya sampai umur 10 tahun, pukul mereka, juga pisahkan di antara mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur.” (Riwayat al-Hakim dan Abu Daud).
Begitu juga perintah menjaga dan menundukkan pandangan.
“Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh, ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”
“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang boleh dilihat….” (Surah An-nur, ayat 30-31)
IBU BAPA PERLU PISAHKAN TEMPAT TIDUR ANAK!
Pandangan anak perlu dijaga dan dielak daripada terlihat aurat dan hubungan kelamin ibu bapa. Kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas tidak boleh dibiasakan selesa tidur dengan ibu bapa.
Ramai ibu bapa rasa tidak sampai hati dan kasihan serta merasakan waktu tidur adalah waktu yang mampu merapatkan hubungan anak dan ibu bapa.
TIPS ASINGKAN TEMPAT TIDUR DENGAN ANAK
1. UMUR 0-2 TAHUN
2. UMUR 3-4 TAHUN
3. UMUR 5-6 TAHUN
4. UMUR 7 TAHUN
5. KETAHUI RUTIN TIDUR ANAK
6. GUNA SISTEM REWARD
7. LATIH TIDUR DI SIANG HARI
8. BACA DOA & AYAT PELINDUNG
MENURUT PAKAR PSIKOLOGI…
Menurut pakar psikologi, hubungan antara ibu ayah dan anak-anak akan lebih terjalin erat dan rapat ketika waktu jaga, iaitu waktu bermain dan meluangkan masa bersama serta berkomunikasi dua hala. Jadi, tidak ada isu hubungan jadi renggang apabila berpisah tempat tidur.
Setelah kanak-kanak bercerai susu, kanak-kanak ini sudah boleh disediakan dan dilatih untuk tidur di bilik sendiri secara berperingkat. Bermula berpisah tilam meskipun di bilik yang sama sehinggalah berpisah bilik tidur dengan ibu bapa.
Memisahkan tempat tidur adalah proses yang agak memenatkan dan meletihkan kerana ianya proses, bukan buat sekali, terus jadi. Proses yang mengambil masa dan komitmen ibu bapa serta anak itu sendiri. Tidak mengapa, bersusah dahulu , bersenang kemudian.
Emosi dan fizikal anak perlu disediakan dengan baik agar proses ini menjadi lancar tidak menimbulkan gangguan emosi dan trauma kepada anak. Ia sangat berkait dengan persediaan emosi ( boleh berdikari ), kognitif (boleh memahami konsep perasaan malu dan ruang privasi ) dan fizikal anak ( sudah lulus toilet training).
MANFAAT ANAK DIAJAR TIDUR BERASINGAN
Banyak manfaatnya jika anak diasingkan tempat tidur dari ibu ayah dari usia awal.
– Anak menjadi lebih berdikari, bergantung pada diri sendiri dan berani.
– Anak juga akan mempunyai rasa tanggungjawab apabila mempunyai ruang peribadi dari segi kebersihan, penjagaan dan disiplin.
– Jika ibu bapa tidak mampu menyediakan rumah yang mempunyai 3 bilik tidur, sekurang-kurangnya kita mengehadkan ruang ibu bapa kepada anak-anak dalam 3 masa berikut;
- Sebelum Subuh
- Tengah hari
- Selepas Isya
Seperti saranan dalam firman Allah SWT dalam Surah an-Nur: 58 yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman, hendaklah hamba kamu dan orang yang belum baligh dari kalangan kamu meminta izin (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang Subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya…”)
AJARLAH ANAK ADAB SEBELUM MASUK KE BILIK IBU BAPA
Setelah anak-anak sudah diasingkan tempat tidur, mereka perlu diajar tentang adab minta izin masuk bilik ibu bapa. Ibu bapa harus tunjukkan satu persatu apa perlu dibuat dan beritahu anak caranya.
- Ketuk pintu bilik ahli keluarga dengan ketukkan sederhana.
- Ibu bapa tunjukkan macam mana cara ketuk. Jangan diketuk terlalu kuat , ibu bapa berikan bantuan fizikal ketika mengajar.
- Pegang tangan anak-anak, kepalkan dan ketuk. Pesan kepada anak-anak, jangan pukul pintu ini, nanti terkejut orang dalam bilik.
- Berikan salam, ‘Assalamualaikum’ meskipun nak masuk bilik sahaja.
- Tanya boleh saya nak masuk. Bila ahli keluarga memberi keizinan, barulah anak-anak boleh masuk ke dalam bilik tersebut.
Pendidikan seksualiti bermula dari rumah. Jangan pandang enteng perkara ini. Jom sama-sama cakna ibu ayah!
Sumber: Facebook Wan Nur Syakira