Hubungan ayah dan anak perempuan akan menjadi akrab, sekiranya sejak si kecil dilahirkan hingga sudah masuk ke prasekolah, banyak diuruskan oleh ayah. Di mana, ia telah membuatkan talian itu bagai isi dengan kuku.
Ia juga tidak menjadi satu masalah untuk ayah menguruskan anak perempuan. Namun, akan terdetik satu persoalan dalam kalangan ibu, sampai bila ayah boleh menguruskan anak perempuannya seperti memandikan dan menukar pakaian? Mari lihat penerangan dari saudara Taufiq Razif di bawah berkenaan persoalan ini.
Baca juga: Aduhai, Bila Hantar Pergi Sekolah Mesti Menangis, Bertenang Ibu, Cuba 7 Tips Ini Untuk Tangani
AYAH DAN ANAK PEREMPUAN
“Assalamualaikum. Maaf mengganggu. Saya nk tanya pendapat. Sampai umur berapa ayah boleh uruskan anak perempuan? Maksud saya dari segi mandikan anak dan pakaikan pampers untuk anak. Terima kasih atas respon.”
Jawapan saya,
Menguruskan anak kecil bukan tanggungjawab isteri sahaja, bahkan tanggungjawab bersama. Suami juga kena tahu dan belajar.
Anak lelaki atau anak perempuan tidak ada masalah untuk bapa uruskan. Bermula dari azankan telinga anak selepas dilahirkan, cuci uri dan tanam, membantu serta menyiapkan kelengkapan isteri berpantang, mandikan anak, pakaikan pampers dan pakaiannya.
Namun, sampai bila ayah boleh uruskan anak perempuannya? Okay ke kalau anak dah besar?
SAMPAI BILA AYAH BOLEH URUSKAN ANAK PEREMPUAN?
1. BILA ANAK SUDAH PANDAI URUS DIRI
Bagi saya begini, bila anak sudah pandai urus diri seperti sabunkan diri, syampu rambutnya sendiri, basuh punggung lepas buang air besar, bertuala selepas keluar tandas serta memakai pakaian.
Maka, ketika itu tiada keperluan lagi untuk seorang ayah uruskan anak perempuannya.
Disebabkan itu dari kecil kena ajar toilet training. Ini termasuklah off pakai pampers, menanggalkan pakaian di tempat yang sepatutnya, tutup pintu tandas bila mandi atau buang air, tidak berbogel dan berlari sana sini dalam rumah.
Juga ajar tentang perasaan malu dan didik anak agar tidur di biliknya sendiri.
2. BERGANTUNG KEPADA KEADAAN
Jadi berbalik kepada soalan puan di atas, sampai umur berapa ayah boleh uruskan anak perempuan? Bergantung kepada keadaan.
Lebih awal kita ajar, lebih awal anak boleh uruskan diri sendiri. Mungkin masa tu anak umur 3 tahun, 4 tahun atau 5 tahun. Yang penting kena pantau sekali-sekala masa mereka mandi tu. Kalau tak, berjamlah mereka dalam tandas main air.
TAPI JANGAN SAMPAI TAK PERCAYA SUAMI LANGSUNG
Cuma, saya faham kadang ada kerisauan seorang ibu bila bapa uruskan anak perempuan. Maklumlah macam-macam kes pedo yang kita dengar sekarang ini. Risau tu ok, cuma jangan sampai tak percaya suami sendiri. Kita lebih kenal suami kita.
Sebenarnya bila suami uruskan anak lelaki atau perempuan masa kecil, hubungan bapa dan anak tu akan lebih akrab. Sebab bonding dah bermula dari awal.
Jika tuan puan nak belajar lagi bab ni, segera dapatkan karya Tuan Akhi Fairuz berjudul Formula Mudahnya Mengajar Pendidikan Seksualiti Kepada Anak Sendiri. Bukan ebook saja yang kalian dapat, bahkan akan berikan sekali rakaman webinar untuk anak-anak.
Bahkan ada rakaman forum parenting yang melibatkan Dr Rozanizam Zakaria, Cikgu Mohd Fadli Salleh dan Puan Wawa Shauqi. Kemain eksklusif begitu.
Sumber: Taufiq Razif