Asuh

Ibu Desak Hafal Quran, Anak Tak Gembira Langsung. Rupanya Dengan Cara Ini Anak Terus Minat!

46
SHARES

Mendidik anak-anak dari kecil untuk menghafal Al-Quran adalah perkara yang mulia. Ia bukan perkara mudah, jika tersalah cara boleh menyebabkan anak suci itu hilang minatnya untuk mencintai Allah SWT.

Sebagaimana pengalaman yang diceritakan ibu ini, di mana sikapnya yang terlalu mendesak anak untuk menghafal Quran telah menyebabkan anaknya tidak berasa gembira. Namun, sebaliknya berubah apabila wanita itu menukar taktik kepada penceritaan makna-makna ayat Quran yang dihafal. Rupanya anaknya inginkan pemahaman tentang apa yang dihafal.

Baca juga: Ustazah Asma’ Harun Kecewa Ramai Sambut Halloween, Ini Info Sejarah & Kenapa Ia Dilarang!

ANAK BERUBAH GEMBIRA, BILA IBU CERITA MAKNA AYAT-AYAT YANG DIHAFAL

Gambar hiasan: IbnJaafar – GettyImage/Freepik.com

Saya masih teringat masa anak lelaki saya kecil dulu, selalu saya push dia untuk hafal Quran laju-laju. Sebab saya nampak dia memang ada kemampuan untk hafal cepat.

Tapi saya lihat wajah dia tak gembira langsung ketika menghafal. Bila saya tengok dia nampak sugul, saya fikir kena cuba kaedah lain ni.

Saya ajak dia baca terjemahan, sesekali kami buka tafsir Quran. Berubah terus wajah dia, bila saya bercerita makna ayat-ayat yang dia sedang hafal.

Dari situ saya belajar yang rupanya naluri anak saya nak faham apa yang sedang dia hafal. Naluri anak saya nak kenal siapa Allah.

Metode hafazan anak lelaki saya bermula dari belakang juz 30,29, 28 dan seterusnya. Maka banyak yang sempat kami pelajari ayat-ayat berkenaan dengan penciptaan alam (kauniyah).

Saya ambil keputusan untuk slow down hafazan dia. Kami sama-sama hadir kelas untuk belajar tafsir Quran. Bila slow down tu ada lagi banyak masa untuk tadabbur Quran.

MENGAJAR ANAK IMAN BUKAN BERMAKSUD TINGGALKAN AJARAN AL-QURAN

Gambar hiasan: QuranKids.com

Bila baca hadis bawah ini rasa boleh relate dengan pengalaman saya ajar anak hafal Quran satu ketika dulu.

Dari Jundub bin Abdillah berkata:

“Dahulu kami ketika remaja bersama Rasulullah SAW, kami belajar iman sebelum Al Qur’an kemudian setelah kami belajar Al Qur’an bertambahlah keimanan kami. Sedangkan kalian sungguh pada hari ini justeru belajar Al Qur’an dulu sebelum belajar iman.” (Riwayat At Thabrani, Al Baihaqi, Ibn Majah, dishahihkan Al Albani)

Anak memang fitrahnya nak kenal Allah. Rasa rugi sangat jika anak hafal Quran tanpa faham apa yang sedang dia baca. Bila anak kenal Allah, ia akan dorong keinginan untuk beramal dengan ayat Al Quran dan bentuk akhlak yang lebih baik.

Ajar Iman bukan bermaksud kita tinggalkan ajar anak Al Quran. Tapi disamping kita ajar anak Al Quran, jangan letak kuantiti sebagai target utama.

Jadikan kenal Allah sebagai tujuan anak belajar Al Quran.

Allahu ‘alam.

Sumber: Facebook Siti Aminah Sulaiman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×