Didik

5 Tips Sentiasa Tenang Bila Duit Makin Susut, Baca Doa & Zikir Ini!

78
SHARES
cara simpan duit

Duit atau wang merupakan objek bernilai dan diperlukan untuk melakukan aktiviti jual beli dan sebagainya. Namun, apabila duit dah susut sebelum sampai hujung bulan, anda kena lah tahu cara simpan duit yang betul dan melakukan beberapa amalan untuk sentiasa tenang.

Seiring anda berusaha keras untuk memperolehnya, sebagai seorang Muslim terdapat tiga amalan yang boleh dilakukan untuk anda kekal tenang biarpun duit makin berkurangan. Semoga perkongsian bermanfaat dari saudara Md Azhari Daud, dapat membantu para pembaca untuk positif dan percaya akan pertolongan rezeki dari Yang Maha Esa, selain usaha yang telah anda lakukan.

Baca juga: Surat Beranak Lama Dah Lusuh Lunyai Teruk? Mak Ayah Usia 40+ Ini Cara Tukar Kepada Baru!

CARA SIMPAN DUIT YANG MAKIN SUSUT

cara simpan duit

Gambar: freepik

Kalau boleh, kita nak duit sentiasa ada. Bukak dompet duit ada hati lega.

Duit makin kurang hati gelisah, duit tak ada lagilah tak tentu arah. Okay, ada 5 tips untuk kita supaya relaks, happy dan tenang. Walaupun bukak dompet tapi kosong duit tak ada.

5 TIPS UNTUK KITA SENTIASA TENANG BILA DUIT MAKIN SUSUT

Tips 1: Asing duit kepada tiga bahagian

Setiap kali kita terima duit, asingkan kepada 3 bahagian seperti untuk kegunaan, simpanan dan sedekah. Duit sedekah boleh disedekahkan setiap hari atau setiap Jumaat atau pun setiap hujung bulan. Tak kisah. Terpulang pada pemberi sedekah.

Sedekahkan setiap hari amatlah digalakkan. Sekiranya online business, dapat saja sales duit untung tu boleh bahagikan 3. Duit modal itu simpan jejauh. Nak guna untuk restock barang. Senang, duitnya dah ada.

Tips 2: Terus simpan duit di bank

Sekiranya setiap hari dah ada duit untuk simpanan itu, setiap hari lah ke bank untuk menyimpan. Masukkan ke akaun bank tertentu. Mudah sangat sekarang ini transfer online saja akaun tersebut. Klik je dihujung jari.

Kemudian, lupakan duit simpan itu. Tak payah nak kira berapa dah dapat simpan. Simpan dan tutup mata.

Baca juga: Pelik Bila Kerap Tak Cukup Duit? Cuba Check 4 Punca Ini, Mungkin Asbab Rezeki Suami Tergantung!

Tips 3: Baca surah Sad ayat 54

cara simpan duit

Gambar: freepik

Bila keluarkan duit dari wallet, tenangkan fikiran dan senyum. Iringi baca ayat 54 dari surah Sad:

“Inna haza larizquna maalahu minnafad”

Bermaksud:

“Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak habis habis”

Baca dan fahami maksudnya. Masa kita baca sambil faham maksudnya hati kita yakin bahawa rezeki dari Allah SWT. Jadi, walaupun duit tinggal seposen je pun dalam dompet. Hati dan minda kita tetap tenang, kan.

Tips 4: Ucap lafaz syukur

Bila dapat saja duit, masukkanlah duit dalam dompet dengan iringi ucapan “Alhamdulillah” ataupun baca surah Al-Fatihah. Amalan ini kita mensyukuri segala apa yang kita dapat.

Kan janji Allah SWT, setiap kali kita mensyukuri nikmat-Nya pasti Allah tambah lagi nikmat pada kita.

Tips 5: Zikir Asmaul Husna Ya Mughni

Biasakan baca Asmaul Husna Ya Mughni (Maha Memberi Kekayaan). Bacalah 1000x setiap hari atau pun sebanyak yang boleh. Bila kita sentiasa berzikir, hati dan minda kita tenang. Kita akan sentiasa ingat pada-Nya.

Jadi, bila dompet kosong tak ada duit pun, masih boleh senyum dan sentiasa berusaha ke arah kebaikan. Banyak lagi sebenarnya doa, ayat Al-Quran, Asmaul Husna serta amalan yang boleh kita buat.

Kuncinya bila kita tenang, apa jua kesulitan pasti Allah SWT mudahkan. Paling penting, tiang agama sentiasa ditegakkan itu yang wajib. Akhir sekali, Allah SWT pasti bantu kita.

“Sesungguhnya, cara Allah memberi jalan keluar, tidaklah seperti cara yang kita sangka (masalah duit tidak semestinya selesai dengan duit)”

Baca juga: Tips ‘Saving’ RM750 Sebulan Dari Gaji RM2,500, Guna Formula Simpanan Kewangan Ini!

Sumber: Md Azhari Daud

FT Image: Md Azhari Daud / drobotdean

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×