Asuh

Pupuk Anak Cinta Kepada Allah SWT Dari Kecil, Bukan Dah Besar Baru Nak Paksa. Ini Caranya!

187
SHARES

Sudah menjadi salah satu tanggungjawab hakiki ibu bapa Muslim untuk memupuk rasa cinta kepada Allah SWT dalam diri anak-anak sejak mereka masih kecil lagi. Pelbagai cara boleh dilakukan, antaranya dengan menyebut nama-nama Allah SWT iaitu Asmaul Husna.

Melalui perkongsian dari Puan Wan Nur Syakira, ia sudah menjadi rutin dalam mengaitkan perjalanan kehidupan seharian keluarganya dengan mengaitkan nama-nama Allah kepada si anak. Kaedah sebegini secara tak langsung, dapat membuatkan anaknya mengenali Penciptanya dengan lebih jelas.

Baca juga: Pakar Zahirkan Kebimbangan, Bahaya Sendal Botol Susu Ketika Bayi Menyusu!

ANTARA TUGAS HAKIKI IBU BAPA KENALKAN ANAK, SIAPA PENCIPTANYA

Gambar hiasan: MuslimMatters.com.

Mengenali Allah itu bermula dari kecil lagi. Mencintai Allah juga harus begitu. Biarlah cinta ini dipupuk dari awal dalam diri anak-anak.

Dipupuk, bukan dipaksa bila dah besar.

LAKUKAN PERKARA INI UNTUK PUPUK CINTA KEPADA ALLAH SWT DALAM DIRI ANAK:

1. Bermulalah dengan ibu ayah selalu nyanyikan Asmaul Husna untuk anak. Kerana anak sangat suka dengan suara ibu dan ayahnya.

2. Ibu ayah ambil tahu setiap maksud Asmaul Husna.

3. Dodoikan anak tidur dengan Asmaul Husna.

Jika tak sempat, pasanglah audio Asmaul Husna menjadi penghias hari-hari kita bersama anak. Tetapi jangan terlebih pula, takut overstimulate auditori anak kita.

4. Sentiasa ulang dialog:

  • Siapa cipta abang dan kakak? Allah.. Allah..
  • Siapa yang sayang abang dan kakak? Allah.. Allah..
  • Siapa yang sihatkan abang dan kakak? Allah.. Allah..

Gambar hiasan: MalaysiaTercinta.com

KAITKAN PERJALANAN KEHIDUPAN SEHARIAN DENGAN NAMA-NAMA ALLAH

Lalu kaitkanlah maksud nama-nama Allah dengan perjalanan kehidupan seharian. Kenalkan nama-nama Allah yang indah.

Ada makanan, Allah kan Ar Razzaq. Ada pokok, Allah kan al Kholiq. Ada macam-macam warna lah bunga ni, Allah kan Al Musawwir .

MasyaAllah, banyaknya mainan adik dan abang. Allah yang bagi ini. Baiknya Allah.

Adik nak apa? Adik minta dengan Allah. Tahu tak Allah ini al Ghoni, Maha Kaya? Allah ada semua benda. Jadi, adik doa dan minta dengan Allah. Apa yang umi dan abi dapat ni pun Allah bagi tau.

Abang sedih ye, takpe cerita kat ummi, ummi dengar. Allah pun dengar apa yang abang cerita, sebab Allah kan As Sami’, Allah dengar semua yang abang cerita tau.

Dialog ringkas macam ini, sangat powerful.

Kita nak semai fikrah “kita ini bertuhan” dalam diri anak-anak. Selalu kaitkan, supaya anak lebih faham dan boleh kaitkan alam sekeliling dan pengalaman kehidupan dengan nama Allah.

Umur 0-7 tahun adalah masa kita menyemai cinta anak pada Allah. Mengajak anak mengenal Allah sedikit demi sedikit.

5. Selalu saya ulang dialog pada anak-anak,

Ummi dan abi sayang Allah, ummi abi dah besar, jadi kena solat. Nak ucap terima kasih dekat Allah. Allah bagi banyak benda pada ummi.

Adam dan adik kecil lagi, sekarang Adam dengan adik kena kenal dan sayang Allah je dulu. Ok!

Bagaimana mereka mahu berlatih mendirikan solat untuk Allah jika mereka tidak rasa kenal, kasih dan cinta kepada Allah di usia 7 tahun nanti? Tanpa kenal, mustahil untuk kita menyayangi.

Gambar hiasan: AdobeStock.com

6. Tapi saya tetap ajak mereka solat bersama. Letak sejadah kecil mereka. Mereka tak datang tak mengapa, yang penting ajak saja. Tak perlu marah kalau mereka tak datang.

Jujur saya mula memahami Asmaul Husna dengan lebih dalam apabila anak mula bertanya setelah dia hafal Asmaul Husna.

  • Apa maksud Al Qabidh ummi?
  • Apa maksud al Qayyum ummi?

Ada nama yang saya sendiri belum tahu maknanya. Malu saya. Astaghfirullah.

Padahal,

Antara tanggungjawab ibu bapa yang hakiki, mengenalkan anak-anak pada Allah. Pencipta mereka. Begitulah, niatnya ini mendidik anak, anak pula yang mendidik umminya.

Jadi umminya, jangan dilupa tugas yang satu ini. Menanam aqidah yang mantap. Biar mereka dapat hidup dengan iman dan ihsan walaupun kita tiada di sisi mereka nanti.

Wan Nur Syakira, Ibu yang masih belajar.

Sumber: Facebook Wan Nur Syakira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×