Asuh

Pakar Zahirkan Kebimbangan, Bahaya Sendal Botol Susu Ketika Bayi Menyusu!

32
SHARES

Merisaukan! Teknik ‘moden’ menyendal botol susu ketika bayi sedang menyusu ini mungkin mahu permudahkan urusan, tapi tanpa sedar ia mengundang risiko bahaya kepada bayi.

Perkongsian tangkap layar, dari seorang individu yang melakukan teknik ini menggunakan ‘phone/susu holder’ atau bantal bayi kepada sepasang bayi kembar ketika menyusu, telah menarik perhatian beberapa pakar yang menegaskan betapa bahayanya perbuatan ini.

Baca juga: Tips Bersihkan Muntah Anak Atas Karpet, Kesan & Bau Hilang Terus Dengan Cara Ini!

ELAK MERISIKOKAN BAYI SENDIRI KERANA NAK SENANG…

Doktor Rusyaini Ramli, di hantarannya menjelaskan perbuatan ini berbahaya kepada bayi kerana boleh menyebabkan si kecil tercekik ekoran ibu bapa yang tidak ‘merasa’ atau perasan keadaan bayi ketika menyusu.

Tolong ya wahai mak ayah, jangan dibuat begini. Susu dalam botol formula yang disumbat ke dalam mulut bayi, boleh buatkan dia tercekik.

Nak bagi bayi minum susu pun ada caranya. Yang ini, bayi tak sempat nak menelan ke, atau dia tersedak ke, kita tak perasan pun kalau kita terlepas pandang.

Memang ada mak ayah atau penjaga yang sendalkan botol susu pada bantal untuk bayi. Sebab lenguh kot nak memegang botol susu tu. Atau atas apa sebab sekali pun.

Tapi tolong lah, perbuatan ini sangat merbahaya! Saya yang seram melihat tangkap layar ni. Allahuakbar! 

SEBAB KENAPA BAHAYA SENDAL BOTOL KETIKA BAYI SEDANG MENYUSU

Sementara itu, seorang dietitian iaitu Doktor Nur Hafizah M Sobri turut menzahirakan kebimbangan di hantarannya sehingga menjelaskan kenapa perbuatan itu berbahaya kepada bayi.

Teknik sendal botol kepada bayi waktu menyusu. Bila tengok Doktor Rusyainie Ramli share gambar ini, sendiri tersedak. Kenapa BAHAYA buat begini kepada bayi?

1. BOTOL TIADA STOPPER

Bukan macam breast ibu yang hanya akan mengeluarkan susu kalau dihisap, botol susu tetap akan mengalir keluar susu walaupun dalam kuantiti sedikit.

Bila bayi dah kenyang, jika dipegang bayi boleh toleh atau cue lain (berhenti hisap) dan kita boleh alihkan. Kalau buat macam ini, baby kenyang ke tak kita tak dapat tahu.

Sumbat lagi sampai kosong botol walaupun bayi dah kenyang TINGGI RISIKO TERSEDAK SUSU.

Gambar hiasan: Javi_Indy – Freepik.com.

2. SUSAH NAK TAHU KESELAMATAN BAYI

Susah nak tahu keselamatan bayi. Bayi boleh ada MASALAH PERNAFASAN.

Bayangkan anda disumbat botol besar, tiada ruang nak toleh tapi nak ambil nafas atau menangis, air masih mengalir masuk mulut. Kalau bayi batuk (automatic reflex) sebab tersedak atau nak nangis memang tak boleh.

Macam mana nak tahu cue/simptom/clue bayi tak selesa?

Ye banyak sudah kes bayi tersedak susu akibat sendal botol dekat mulut bayi. Sama ada guna bantal, teknik ‘moden’ macam dalam gambar ataupun teknik lain.

Jangan guna alasan “alaaa mak/nenek/makcik jiran kepada sepupu aku buat selamat je baby”. Itu rezeki mereka, jangan risiko bayi kita sendiri sebab nak senang.

Sekian.

Sumber: Facebook Rusyainie RamliFacebook Nur Hafizah M Sobri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×