Didik

Tips ‘Saving’ RM750 Sebulan Dari Gaji RM2,500, Guna Formula Simpanan Kewangan Ini!

75
SHARES
formula simpanan kewangan

Siapa saja yang tak runsing, setiap kali gaji mesti tak dapat nak buat simpanan. Kadang-kadang itu, sampai nilai negatif dalam bank dah kena meminjam pula dengan ahli keluarga. Disebabkan itu, anda kena tahu formula simpanan kewangan dari duit gaji anda baru bijak menyimpan!

Sebenarnya individu bergaji bersih RM2,500 sebulan boleh menyimpan sebanyak RM750 sebulan dengan melalui formula simpanan wang dari seorang bisnes speaker, Puan Nur Aliah Mohd Nor. Wow, bukan sedikit nilainya! Formula ini pernah tular dan sehingga kini sudah mendapat 19 ribu perkongsian. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Taktik Mudah Menabung Bagi Orang Boros, Boleh Dapat Sampai RM5k!

FORMULA SIMPANAN KEWANGAN = 30:60:5:5

 

formula simpanan kewangan

Rupanya sangat mudah kalau kita simpan duit gaji guna formula 30:60:5:5 ini. Hati ini rasa gelisah pula bila tahu ada orang yang bergaji RM8000 sebulan tapi nak simpan RM1000 sebulan tu pon sangat susah!

Sini Lia kongsikan 1 formula yang dipanggil ‘kompas kewangan’. Guna je formula mudah ni untuk selamatkan kewangan korang.

PEMBAHAGIAN % DALAM KOMPAS KEWANGAN

Kompas kewangan terbahagi kepada 4 iaitu:

  • Untung (30%)
  • Terpaksa (60%)
  • Bocor (5%)
  • Sampah (5%)

Dapatkan dulu pendapatan bersih korang.

  1. Kerja biasa: Gaji kasar – KWSP – SOCSO – Zakat = Gaji bersih
  2. Kerja sendiri: Pendapatan kasar – belanja bisnes – cukai pendapatan = pendapatan bersih
formula simpanan kewangan

Gambar: SuperPicture – Freepik.com.

1. Untung (30%)

30% ini adalah SIMPANAN yang kita akan ketepikan dari gaji yang kita dapat setiap bulan. Simpanan ini termasuklah dengan:

  • Simpanan jangkamasa pendek
  • Simpanan jangkamasa panjang
  • Simpanan emergency
  • Simpanan pelajaran
  • Simpanan pencen
  • Simpanan pelancongan
  • Simpanan wakaf
  • Simpanan sedekah

Contoh tempat terbaik untuk buat simpanan:

  1. Tabung Haji
  2. Saham
  3. Unit Trust
  4. Takaful (Islamic Insurance).
  5. EPF
  6. ASB
  7. Hartanah
  8. Emas

2. Terpaksa (60%)

Maksud terpaksa ini ialah semua jenis belanja komitmen sara diri dan keluarga termasuklah semua jenis loan.

Contoh loan:

  • Loan rumah
  • Loan kereta
  • ASB Financing
  • Personal loan
  • PTPTN

Contoh sara diri dan keluarga:

  • Minyak kereta
  • Bil telefon
  • Bil api air
  • Keperluan keluarga

Lia faham setengah orang loan itu amat penting untuk kegunaan sesuatu perkara atau sesuatu tujuan. Lain orang lain kegunaannya.

formula simpanan kewangan

Gambar: BuzzKini.

3. Bocor (5%)

Bocor ni maksudnya bukan keperluan sangat, kita boleh kawal lagi di bahagian bocor ni.

Contoh:

  • ASTRO
  • Kredit kad

Kalau di bahagian bocor ini lebih dari 5%, boleh lah potong apa-apa perkara yang tak penting contohnya unifi dan astro.

4. Sampah (5%)

Untuk sampah 5% maksudnya boleh guna dan belanja dengan bahagianya.

Contoh:

  • Fast food (McDonald, KFC)
  • Tealive, Starbucks
  • Karoke
  • Tengok wayang

Kenapa penting guna formula ini? Sebab kita nak wujudkan 5 tiang impian kewangan kita.

5 TIANG IMPIAN KEWANGAN:

  1. Cipta duit (melalui business atau makan gaji).
  2. Urus pendapatan kita dengan baik menggunakan kompas kewangan.
  3. Lindung harta dengan baik.
  4. Labur harta untuk masa depan.
  5. Agihkan harta dalam keadaan yang baik setelah meninggal dunia.

Lia yakin dan percaya, dengan tips mudah ini dapat bantu korang untuk uruskan kewangan dengan lebih baik. Semoga bermanfaat!

Nota: Formula Abg Abu.

Nota tambahan: Jangan lupa untuk sedekah dan zakat ya. Lebihkan memberi, lebihlah rezeki. Kan.

Sumber: Facebook Nur Aliah Mohd Nor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×