Famili

Teknik Menabung ‘Tiba-Tiba Kaya’, Kena Ikut 4 Langkah Ini Boleh Dapat Simpanan Cecah RM7K!

1
SHARES
tips menabung

Amalan menabung dalam kalangan individu amatlah disarankan supaya mempunyai simpanan kewangan yang cerah. Seperti peribahasa ‘sikit-sikit, lama-lama jadi bukit’, tidak salah untuk dimulakan dengan jumlah yang kecil kerana tips menabung yang betul akan membuatkan jumlahnya menggunung tanpa disedari.

Jadi, buat anda yang selalu ada masalah nak simpan duit dalam akaun bank, apa kata guna 4 cara menabung mudah ini di rumah. Ada yang sudah cuba dan boleh mendapat simpanan sebanyak RM7,000 setahun!

Baca juga: Gaya Hidup Nak Mewah, 53 Ribu Individu Bawah Umur 30 Tahun Tanggung Hutang RM1.9 Billion!

TIPS MENABUNG PALING SIMPLE, TAK SEDAR DAH KUMPUL RM7,000 SETAHUN!

tips menabung

#Step 1

-Asingkan duit hijau setiap kali dapat. Sebulan ada yang boleh dapat RM500!

#Step 2

-Buat jadual untuk duit RM100 dan RM50
-Simpan RM100 di bulan ganjil seperti Januari, Mac, Mei.
-Manakala simpan RM50 pula di bulan genap seperti Februari, April, Jun.

#Step 3

-Kalau tak mampu untuk mulakan dengan RM100 dan RM50, boleh cuba dengan RM20, RM10 atau RM1.
-Contohnya, hari genap (Selasa, Khamis dan Sabtu) boleh simpan sehari RM20. Kalau hari ganjil (Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad) korang boleh simpan sebanyak RM10 atau RM1 dalam satu sampul.

#Step 4

-Dilarang pakai duit syiling dan wajib masuk tabung.
-Satu cawan kecil boleh dapat RM70 jika disimpan selama 3 bulan.

tips menabung

*Jadi, jom kita mulakan dari sekarang!

Baca juga: 5 Kos Yang Perlu Kita Sediakan Bila Nak Beli Sebuah Rumah, Kena Tahu Supaya Tak Terkejut!

Sumber: Richard Will

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×