Main kutu, semestinya ramai yang pernah terjebak dengan kaedah mengumpul wang yang mudah dan singkat ini. Di mana, ia mempunyai lebih dari seorang ahli di dalam setiap kumpulan tersebut.
Namun, tahukah anda di Maybank2u sebenarnya mempunyai perkhidmatan bernama ‘Create Goal +’. Ia berfungsi seakan main kutu untuk setiap pemilik akaun mengasingkan wang secara automatik dari gaji berdasarkan tujuan dan nilai yang ingin disimpan.
Baca juga: Ramai Masih Tak Faham Istilah CCRIS & CTOS, Sampai Ingat Dua Entiti Ini Ada Kuasa ‘Blacklist’!
MAIN KUTU MAYBANK2U CARA SELAMAT
Nak tahu lebih lanjut, mari baca hingga habis perkongsian bermanfaat Zetty Omar mengenai ‘Create Goal +‘ di Maybank2u.
Aku ini dari dulu sejenis gigih menyimpan, tak ada tak ada tapi kalau korek-korek mesti ada, begitulah aku.
Konsep menyimpan ini kena betul betul gigih baru kita dapat hasil yang kita nak. Tujuh bulan dah join dan tinggal lagi 3 bulan je untuk cukup 10k yayyy!!!!
Maybank2u ‘Create Goal +’
Sebenarnya, dekat Maybank2u ini ada satu bahagian yang kita boleh simpan duit setiap bulan yang dipanggil ‘Create Goal +’.
Apa yang best dekat ‘Create Goal +’ ini, first kena tahu apa tujuan kita nak create goal ini. Macam nak travel Jepun ke, nak beli gelang emas besar ke, nak beli body part kereta ke atau nak renew rotex kereta ke.
Selepas itu, boleh set nak simpan berapa banyak duit setiap bulan. Maybank akan auto tolak duit dari akaun kita.
Kemudian, apabila dah sampai tempoh yang kita nak, jumlah duit terkumpul akan masuk semula ke akaun bank secara automatik. Tiada kes hilang duit ke, mak kutu lari ke, best kan?
Baca juga: Perkongsian Bijak Wanita Ini Urus Kewangan & Berjimat, Buat Ramai Kagum & Ikut Jejaknya!
Baca juga: Ingat ‘Rules’ Ini Jika Nak Buat Loan Beli Rumah, Elak Keluarga Porak-Peranda!
Langkah-langkah main kutu Create Goal+ di Maybank2u
Follow step-by-step macam mana nak mula gunakan ‘Create Goal +’ itu dekat Maybank2u.
- Mula-mula, buka website Maybank2u www.maybank2u.com.my dan klik ‘login Maybank2u’.
- Skrol ke bawah sedikit dan akan jumpa ‘create goal +’.
- Kemudian pilih kategori yang di dalamnya ada banyak contoh tujuan seperti ‘gift’, ‘family’, ‘travel’, ‘shopping’, ‘education’, ‘retirement’ dan lain-lain.
- Letakkan ‘goal name’ anda. Contohnya, kalau target nak deposit rumah letak Depo Rumah.
- Dekat bahagian ‘commitment’ ada ‘by monthly amount’ dan ‘by duration’. Macam saya pilih ‘monthly amount’.
- Klik ‘saving account-i’.
- Letakkan berapa jumlah yang dikehendaki di kolum ‘goal amount’.
- Letak berapa jumlah untuk deposit pertama, macam RM10 sebagai deposit pertama pun tak apa.
- Letak berapa jumlah nak tolak setiap bulan dari akaun Maybank.
- ‘Starting date’ itu letaklah setiap berapa hari bulan nak duit tolak dari akaun Maybank (serius macam kutu kan?).
- Klik ‘start’.
- Semak semula semua maklumat dulu, kalau okay boleh klik ‘confirm’.
Baca juga: Gaji 3 Ribu Sebulan, Harga Rumah Macam Mana Layak Beli? Ini Pengiraannya!
Sumber: Zetty Omar
FT Image: Aiman Abdullah / Maybank