Asuh

Bank Kenakan Syarat Lebih Ketat BUKA AKAUN Baharu Pelajar, Suri Rumah & Warga Emas!

21
SHARES
syarat buka akaun bank

Syarat buka akaun bank baharu makin diperketatkan, yang mana perhatian khusus akan diberikan kepada suri rumah, pelajar dan warga emas.

Tindakan susulan ini berikutan, penggunaan akaun keldai secara berleluasa oleh scammer yang telah menipu berjuta-juta ringgit daripada rakyat Malaysia.

Baca juga: Jangan Terus Mengamuk Bila Kereta Kena Langgar Dari Belakang, Buat 7 Langkah Bijak Ini!

SYARAT BUKA AKAUN BANK BAHARU DIPERKETATKAN

syarat buka akaun bank

Gambar hiasan: hiredly.my

Sumber perbankan memberitahu Free Malaysia Today (FMT), bahawa bank diarah untuk memastikan pemohon baharu mengemukakan dokumen; sumber pendapatan mereka atau surat dari majikan.

Jika tidak, permohonan mereka akan ditolak walaupun mereka ingin mendepositkan sejumlah besar wang.

Sumber tersebut menjawab aduan daripada mereka yang gagal membuka akaun bank apabila tidak dapat mengemukakan dokumen yang diperlukan.

Terdahulu, untuk membuka akaun bank yang hanya diperlukan adalah MyKad dan deposit minimum.

Baca juga: Khabarnya Mulai Ogos, Pinjaman Penuh (Full Loan) Beli Kereta Dah Tak Ada Lagi?

Perhatian khusus diberikan kepada pelajar, suri rumah dan warga emas

Satu sumber berkata, bank kini memberikan perhatian khusus kepada pelajar, suri rumah, dan warga emas yang ingin membuka akaun.

Hal ini kerana, kumpulan ini sering terjerat dalam sindiket penipuan. Akaun yang dibuka oleh pelajar, suri rumah, atau warga emas sering menjadi akaun pertama yang digunakan untuk menerima wang hasil penipuan.

“Sebahagian yang tidak bersalah, tidak sedar bahawa data peribadi mereka digunakan untuk membuka akaun bank, yang kemudiannya digunakan oleh scammer. Terdapat juga yang dibayar untuk membuka akaun tetapi tidak sedar bahawa akaun tersebut digunakan untuk menipu orang lain,” katanya kepada FMT.

Baca juga: Adik-Adik Nak Beli Komputer Riba Tapi Tak Pandai Pilih, 5 Tips Ini Boleh Bantu!

Syarat buka akaun bank pelajar

Dalam kes pelajar, sumber tersebut berkata bank kini memerlukan mereka untuk menunjukkan bukti surat tawaran ke kolej serta kad pelajar mereka.

Satu lagi sumber berkata, ramai pelajar disenarai hitamkan oleh Bank Negara selepas didapati membuka akaun keldai yang digunakan oleh scammer dan tidak akan dibenarkan membuka akaun bank sehingga membersihkan nama mereka, katanya.

Akibatnya, sebahagian pelajar menghadapi masalah dalam mendapatkan pinjaman pelajaran daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan institusi kewangan lain.

“Bank tidak dapat banyak membantu kerana kebanyakan kes ini berkaitan dengan pengubahan wang haram. Oleh itu, kami perlu berhati-hati untuk memastikan akaun tidak digunakan scammer, sama ada secara sedar atau tidak,” kata sumber tersebut.

Baca juga: 5 Kaedah Hapus Dokumen Penting Yang Tak Terpakai, Maklumat Sensitif Pun Selamat!

Rekod kes penipuan dalam talian dan akaun keldai

  • Pada 2023, sebanyak 34,497 kes penipuan dalam talian yang melibatkan kerugian berjumlah RM1.218 bilion dilaporkan di seluruh negara.
  • Penipuan yang menggunakan peraduan SMS, penyamaran dalam talian, dan panggilan telefon palsu dari pihak berkuasa mencatatkan kes tertinggi, dengan 10,348 kes melibatkan kerugian berjumlah RM352.9 juta.
  • Pada 2021, sebanyak 29,769 akaun bank didapati telah digunakan sebagai akaun keldai. Sehingga 10 Mei 2022, sebanyak 1,669 ‘akaun keldai’ direkodkan.
  • Dari jumlah itu, seramai 12,659 orang ditangkap dan didakwa dengan pelbagai kesalahan kerana membenarkan akaun bank mereka digunakan untuk aktiviti jenayah.

P/s: Penulis nak buka akaun bank adik tahun ini, yang baru masuk usia 18 tak boleh sebab dokumen di atas. Nak tak nak, duit belanja bulanan dia terpaksa tumpang dekat akaun bank min dulu hehehe.

Baca juga: Harga Rumah Semasa Ikut Jenis 7 Kediaman Ini, Mana Satu Idaman Anda?

Sumber: Free Malaysia Today

FT Image: hiredly.my / filepicture

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×