Didik

5 Kaedah Hapus Dokumen Penting Yang Tak Terpakai, Maklumat Sensitif Pun Selamat!

26
SHARES
kaedah menghapuskan dokumen penting

Dokumen penting yang tidak digunakan lagi tidak boleh dibuang terus, kerana ia mengandungi maklumat sensitif. Baik untuk diri sendiri, mahupun syarikat atau agensi kerajaan. Jadi, cara paling selamat untuk mengelakkannya daripada jatuh ke tangan yang salah anda perlu memusnahkannya. Berikut terdapat lima kaedah menghapuskan dokumen penting yang boleh anda laksanakan.

Baca juga: Surat Beranak Lama Dah Lusuh Lunyai Teruk? Mak Ayah Usia 40+ Ini Cara Tukar Kepada Baru!

KAEDAH MENGHAPUSKAN DOKUMEN PENTING

kaedah menghapuskan dokumen penting

Gambar: shred-it

1. Guna mesin penghancur kertas (paper shredder)

Kaedah pertama untuk menghapuskan dokumen penting ialah menggunakan mesin penghancur kertas. Walau bagaimanapun, kaedah ini agak mahal kerana anda perlu membelinya jika tidak terdapat di pejabat.

Bagi mengatasinya, anda boleh memilih mesin penghancur kertas terpakai pada harga yang lebih berpatutan daripada yang baru.

2. Bakar dokumen penting yang tidak digunakan

Selain itu, anda juga boleh memusnahkan dokumen penting yang tidak digunakan dengan membakarnya.

Sememangnya kaedah ini boleh mencemarkan alam sekitar dan boleh menyebabkan pencemaran sekiranya asap tidak dikawal dengan baik. Walaupun begitu, kaedah ini agak berkesan untuk memusnahkan dokumen yang mengandungi maklumat sensitif anda.

Bagi mengelakkan risiko bahaya kebakaran, anda boleh menggunakan tong besi atau tin terpakai. Selain itu, boleh juga membakarnya dengan menggali tanah di halaman rumah atau menggunakan unggun api sekiranya isipadu kertas yang hendak dimusnahkan cukup besar.

Baca juga: Ada Dokumen Diri Hilang? Ini Cara Buat Report Polis Secara Online, Cepat & Segera!

3. Memusnahkan secara manual dengan tangan

kaedah menghapuskan dokumen penting

Gambar: atlascompany

Jika jumlah dokumen penting yang ingin dimusnahkan tidak terlalu banyak, anda juga boleh menggunakan cara memusnahkan dokumen penting secara manual iaitu mengoyakkan dengan tangan. Ia boleh digunakan dalam keadaan mendesak untuk memusnahkan fail dokumen.

Walau bagaimanapun, anda perlu memastikan bahawa setiap huruf dalam kertas itu tidak dapat dibaca. Anda juga boleh menggunakan gunting untuk memudahkan pemusnahan kertas. Dengan cara itu, dokumen penting anda selamat dari pihak yang tidak diingini.

4. Jadikan ia sebagai baja kompos

Satu lagi kaedah selamat untuk memusnahkan dokumen penting ialah mengubahnya menjadi baja melalui proses pengkomposan. Pengkomposan dengan kertas boleh menjadi lebih optimum jika kertas telah dicincang atau dipotong menjadi kepingan kecil. Melalui cara itu, dokumen penting tidak boleh dibaca.

Bagi membuat kompos, campurkan dokumen penting dengan baki sisa dapur yang akan digunakan sebagai kompos seperti sisa makanan, sayur-sayuran atau kulit buah. Menariknya, kertas diperbuat daripada karbon, jadi hasil pengkomposan menggunakan kertas juga bagus untuk pertumbuhan tumbuhan.

5. Berhenti menggunakan kertas

Anda juga boleh mengelakkan dokumen penting daripada bocor dengan beralih kepada dokumen digital. Di mana, semua dokumen yang anda miliki tersedia dalam format elektronik. Anda boleh menggunakan kaedah ini sebagai pilihan terakhir.

Hal ini kerana, biarpun ia boleh dibuang ke ‘tempat sampah’ di dalam komputer anda, pada asasnya, agak mudah untuk memulihkan fail yang dipadam kerana terdapat beberapa program pemulihan fail di pasaran.

Baca juga: Ini Cara Pantau Lokasi Ahli Keluarga Secara Percuma! Tak Risau Anak Berjalan Tanpa Orang Tua

Sumber: PrimaDoc

FT Image: freepik / freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×