Teknologi

Tips Beli Kenderaan Terpakai ‘Second-Hand’, Elak Jadi Mangsa Tertipu!

31
SHARES

Tidak semua kualiti dan keadaan kereta terpakai itu tidak bagus. Ada yang telah dijaga dengan baik oleh pemilik asal. Kereta terpakai yang dikenali sebagai second-hand atau used car menjadi pilihan kerana salah satu faktornya adalah harganya jauh lebih rendah dari nilai asal.

Justeru itu, sekiranya anda berniat ingin membeli kereta second-hand, ikuti tips yang dikongsikan oleh Servis Kereta di laman Twitternya. Semoga dapat membantu anda membeli kereta terpakai yang berkualiti!

Baca juga: Tips Ambil Kereta Baru, ‘Check’ Dulu & Lebih Baik Bawa 4 Orang Penuhkan Kereta!

JADILAH PENGGUNA BIJAK SEBELUM BELI KENDERAAN TERPAKAI

Gambar hiasan: AutoDeal.

Kereta second hand boleh dibeli dari car dealer atau end user (car owner). Ini perkara-perkara yang kena check sebelum beli.

TIPS UNTUK BELI KERETA SECOND-HAND

1. YEAR MANUFACTURED

Kena tahu kereta itu dikeluarkan tahun bila. Boleh tengok dekat geran kereta, tak pun tanya je lah owner dia.

2. MILEAGE KERETA

Logiknya mileage rendah lebih bagus. Tapi tak semestinya, sebab kereta yang travel jauh but maintenance tiptop, so kira bagus jugak.

3. STATUS KEMALANGAN

Kena tahu if kereta tu accident free atau tak. Accident free tak bermaksud tak pernah accident ye.

Accident free means kereta tu tak pernah accident teruk yang menyebabkan kerosakan casis. Kalau setakat calar-calar manja je still consider accident free.

4. PERIKSA KEADAAN KERETA

BAHAGIAN A: ENJIN

Pastikan tiada kesan bocor pada oil seal. Lepas itu, check ada bunyi pelik tak dekat enjin.

Selalunya enjin yang di maintain bunyi senyap dan tiada bunyi tappet. Nak tau bunyi tappet macam mana boleh google.

BAHAGIAN B: UNDERCARRIAGE

U/c terdiri daripada absorber dan bushing. Benda ni penting sebab benda ini akan determine your driving pleasure.

Nak tahu okay ke tak, test drive. U/c ni gunanya untuk serap hentakan. So kalau dah rosak atau pecah, kereta akan jadi keras bila lalu jalan tak rata.

BAHAGIAN 4: ELECTRONIC PARTS

Sebelum nak tengok kereta, buat research apa barang standard electronic model kereta tersebut. Contohnya, macam power window, reverse sensor dan sebagainya.

Lagi up model, lagi banyak electronic parts dia.

5. PERIKSA EXTERIOR & INTERIOR KERETA

Last sekali, baru tengok exterior dan interior kereta tersebut. Kalau bau lipas, faham-fahamlah ye.

Bila dah tengok semua ini baru kita boleh determine berbaloi tak harga kereta tersebut.

EXTRA TIPS!

Kalau owner kereta ada buku servis ataupun resit-resit yang dia maintain kereta tersebut pun bagus. Ini sebagai rujukan kepada anda.

Jadi lah pengguna bijak sebelum membeli kenderaan terpakai.

Sumber: Twitter Servis Kereta

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×