Deko & Hias

Tips Ambil Kereta Baru, ‘Check’ Dulu & Lebih Baik Bawa 4 Orang Penuhkan Kereta!

4
SHARES

Siapa saja yang tidak teruja bercampur gembira untuk mengambil kereta baru setelah sekian lama menyimpan duit, perah tenaga keringat dan berbulan-bulan menantikannya untuk berada dalam genggaman pemanduan sendiri.

Namun, perlu diingatkan adalah lebih baik sekiranya anda memeriksa kenderaan baru terlebih dahulu sewaktu mengambilnya dan sebelum menandatangani dokumen penyerahan dan sebagainya. Justeru itu, jom ikuti perkongsian tips dari saudara Irwan Syah.

Baca juga: ‘Alamak! Air Tumpah Dekat Laptop!’- Ini Langkah Selamat Anda Kena Buat, Jangan Guna ‘Hair Dryer’

JANGAN LUPA PERIKSA KERETA SEBELUM ‘SIGN’ DOKUMEN PENYERAHAN…

Gambar hiasan: ItalianAutoNews.

Baru-baru ni ada seorang member call aku. Dia nak mintak tolong cek kan kereta dia yang baru dapat. Ya, dia baru beli Proton X50 Flagship.

Disebabkan aku tak berkesempatan lagi nak drive, maka aku cuma menerangkan dengan panjang lebar dalam phone. Beliau agak nervous dengan kereta baru beliau.

Tambahan pula, beliau memang sangat detail dengan segala barang yang dibeli supaya sesuai dengan harga yang dilaburkan. Yela, kalau setakat phone RM1K rosak, boleh tahan lagi. Kalau kereta yang bulan-bulan kene bayar RM1600-1700 selama 5 tahun ni rosak, memang hangin jadinya.

Sebelum ni pun, ada la beberapa orang member yang tanya benda sama dekat aku. First time beli kereta, tak ada idea nak pastikan yang kereta tu benar-benar ok.

Sebenarnya, banyak je tips yang kita boleh jumpa kat internet. Cuma aku nak kongsikan sikit la tips aku secara simple. Sesiapa pun boleh buat.

TIPS SEMASA MENGAMBIL KERETA BARU (DIY)

A. MASA NAK AMBIL KUNCI KERETA:

Gambar hiasan: AZBigMedia.

1. PERIKSA LUARAN KERETA

Pastikan tiada calar, kemek, cat tanggal, tak ada kesan karat, tayar semua sama brand and size. Periksa kereta di tempat terang untuk lebih senang nak kesan kecacatan.

Paling senang cek cat pada body dan bumper. Biasanya dalam production, body dan bumper ini di cat pada tempat berasingan. Maka kebarangkalian untuk warna tak sekata itu tinggi.

2. PERIKSA BAHAGIAN DALAM KERETA

Cek fabrik seat, cek semua plastik part, pastikan tiada calar, warna sekata, cek karpet. Simple je. Cek by visual dan cuba la touching sikit mana-mana plastik part nak cek longgar or ketat.

3. BUKA HOOD

Cek sekali engine condition. Pastikan tiada hose yang bocor, paras cecair yang optimum, takde wiring yang tertanggal, pastikan tiada bahagian yang berkarat.

4. HIDUKAN ENJIN & MINTA UJI PANDU DISEKELILING KAWASAN ITU

Lepas hidupkan engine, pastikan semua malfunction indicator tak menyala macam ABS, engine check, temperature, airbag dan sebagainya.

Then, cek la semua suis yang ada, power windows, door lock, radio, aircond, wiper, lampu, signal, hon, cigarette lighter, side mirror switch dan lain-lain.

Cek sekali gear, tak kira AT or MT. Cek ketat sangat ke loose ke. Tak lupa juga hand brake.

5. MASA MEMANDU, TEST SEMUA PEDAL YANG ADA

Cek steering condition, brake dan cuba la tukar-tukar gear. Kalau auto cuba la gear selain ‘D’.

Cek juga meter cluster condition, jarum speedometer, tachometer. Nyalakan lampu untuk cek brightness meter. Tak payah bawak laju, dalam 30 or 40 km/h pun dah cukup.

BILA DAH PUAS HATI, BARU ‘SIGN’ TAPI KENA INGAT…

Gambar hiasan: Nerdynaut.

Kalau dah puas hati, baru sign. Sebab lepas korang dah sign satu borang tu, automatik kereta tu bukan lagi tanggungjawab penjual. Dah jadi tanggungjawab korang.

Kata la elok je lepas ko sign, ada mat rempt langgar kereta time tu jugak, maka claim insuran kena dibuat atas nama korang.

Kalau belum sign, mat rempit tu langgar, insuran claim atas nama company. Dan korang sebenarnya, berhak mintak kereta lain. So, sebelum sign tu, pastikan tempat tu betul-betul selamat. Hehe.

B. DRIVING CONDITION:

Part ini paling penting sebab kalau ada problem, ianya tak dapat dikesan secara visual. Tak payah tunggu kereta korang sampai 1000 km, dah boleh cek terus.

Lagi awal dapat kesan problem, lagi senang nak report kat service centre. So secara mudahnya:

1. Cek kereta korang masa tengah hari yang tengah panas membahang untuk pastikan enjin kereta korang berfungsi dengan baik. Begitu juga dengan aircond.

2. Drive kereta masa hujan, lagi sejuk lagi bagus. Sama juga, nak pastikan engine tiada problem masa hujan atau sejuk.

3. Pastikan engine kereta tiada masalah untuk dihidupkan di awal pagi.

Ok, semua di atas ialah condition yang korang kena try sebab ada kereta masa sejuk dia okay, tapi masa panas dia bengong. Begitulah sebaliknya.

C. DARI SEGI DRIVING PATTERN:

Gambar hiasan: J.D.Power.

1. Try accelerate full throttle. Make sure tak ada rasa power loss or rasa lembab semacam.

Apa-apa hal kalau nak senang tengok tachometer (rpm). Biasanya abnormality senang nak kesan dekat situ. Kalau ada rasa tak normal, cuba ingat kat speed berapa, rpm berapa dan gear berapa.

2. Cruising. Cari la mana-mana jalan lurus yang panjang or highway, try la drive constant dekat beberapa speed, 60, 80, 100km.h dsb.

Cuba la detect apa-apa yang tak normal macam bunyi-bunyi, pedal rasa berat or tak respond. Rpm tiba-tiba naik or drop, wind noise dsb.

3. Cari tempat yang selamat, cuba brek secara lembut dan secara kuat. Pastikan tiada masalah pada brek dan tak effect engine (engine mati or mengaum) selepas berhenti.

4. Cuba la drive tempat jem paling teruk. Lagi teruk lagi bagus. Cek la pedal condition masa ni dan tengok engine rpm. Adakah stabil or mengaum-ngaum?

5. Drive la kereta korang kat tempat-tempat hill climbing macam Genting or Cameron.

Nak cek power kereta korang, nak lagi best, bawak 4 orang bagi penuh. Masa ni la nak cek, respon engine masa naik bukit dan brake masa turun bukit. Tapi berhati-hati sikit sebab agak bahaya.

PELUANG UNTUK ‘CLAIM’ LAGI TINGGI, BILA CEPAT MASALAH DIKESAN

So begitu la sedikit sebanyak tips yang aku boleh kongsikan. Just drive macam biasa. Kalau ada rasa apa-apa tak kena, terus hubungi salesman yang jual kereta hari itu dan boleh buat complain, chance untuk claim lagi tinggi bila lagi cepat problem dikesan.

Tapi korang pun kene sedar diri jugak la. Kalau korang beli kereta biasa-biasa tu, jangan la expect boleh pecut mcam Ferrari or Top speed macam Veyron. Kene berpijak pada realiti jugak kan? Kalau tak nanti buat malu diri sendiri.

Yang paling penting sekali, jangan lupa baca manual. Carilah masa dan baca la at least sekali. Ini penting untuk korang tidak memalukan diri sendiri masa buat komplen. Tengok spec kereta korang, cara pengoperasian, dsb.

C&P

Sumber: Facebook Irwan Syah 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×